Selasa, Mei 5

Mobile Apps Development: Kisah away minggu lepas

Lama sudah tak bersiaran. Chewah! Haha. Last week I berada di over the sea. Nun di seberang Laut China Selatan. Sekrang dah kembali di pangkal jalan, di Sarawak Bumi Kenyalang. Hihi. Buat apa di over the sea? Oh, I ada kursus 5 hari, di The Summit. So far, ok. I makan banyak! Ahahaha! Biasalah time kursus mesti makan 6x sehari. Tapi nasib baik masa tu takde kelas malam. Kalo tak, memanglah 6x sehari. So kitorang punya kursus makan 5x sehari je.

Hotel tu hotel lama. The Summit. Familiar kan? The Summit USJ. Di Subang. Tengok hotel lama macam dapat instinct mesti makanan tak sedap. Rupa-rupanya ramalanku salah belaka. Bermula dengan dinner, sampai jer hotel petang Ahad. Lepas check in terus koyak kupon untuk dinner. Dinner tak banyak pilihan tapi masih boleh diterima. Syukur. Lepas dinner terus pergi taklimat dulu. Rupanya terus install software untuk digunakan sepanjang minggu tu. Dub dab jugak lah tuh di sini. Lama weh tak buat programming.



Lepas tu sambung cerita makan, cerita breakfast pulak keesokkan harinya. Not bad. Sedap, then minum pagi kol 10 pun sodap. Lepas tu lunch! Mak oi, banyaknya pilihan! Sodap jugak. Minum petang pukul 3, alamak... sodap jugak lah. Ahahaha! Dan hari-hari berikutnya, dengan menu yang berlainan, memang macam-macam ada lah. Hihihi. Ramai pulak tu orang gomen yang kursus kat situ. 


Ni haa.. menu western confirm ada masa lunch. Pas makan nasik, bedal pulak western. Astaghfirullah! Ahaha. Tapi sikit jer lah, jangan tak merasa kan? Tapi last day lunch (Rabu) memang dah pasang niat mest ambik western dulu. Hihihihi.


Last day di The Summit hari Khamis. Habis jer kol 10 kami terus gerak. Malas nak tunggu lunch. Nasib baik hari last tu lauk tak sedap!. Breakfast lagi dah tak sedap. Agaknya tukar syif Chef kot.


Cerita pasal makan jer. Padahal tujuan asal berkursus nak belajar kan? Hihihihi. Ya, kami belajar buat mobile apps. Yang guna Android, memang syok lah. Terus jer run apps bila dah siap coding. Yang pakai Ios terpaksa guna emulator. Memang best lah, tapi pening sikit sebab programming. Walaupun basic tapi lama dah tak tengok memang kena menggagahkan kepala jugak untuk ingat codingnya.


Macam tak cukup jer nak belajar 3 hari bendalah ni. Nak buat apps berbulan-bulan tapi belajar 3 hari jer. tapi seriously memang interesting!


Di hari terakhir beginilah jadinya di skrin hp S4 I. Walaupun hp dah usang tapi berbakti jugak bila kursus ni. Hehehe. Yang guna emulator, macam gambar kat bawah tu. Ada skrin hp di skrin komputer. Hehehe. Slow sikit la kalo guna emulator ni.


Kesimpulannya, trainer kami memang sempoi lah. Dia ada apps di PlayStore, lupa pulak nama gift apps yang dia buat. Hehehe. Bukan dengki tau! Tak ingat. Ada carik tapi tak download. Jarang nak guna bagi gift beli online ni. Hehehe.



Catat Ulasan