Isnin, Februari 24

Mode renovation yang tertangguh



Lama dah tak update pasal rumah IMAN kan? Sebenarnya dari dulu lagi nak buat 'sesuatu' di ruang segiempat yang kosong tu tapi asyik tertangguh jer. Dulu orang dah ukur dah bahagian tu tapi sampai sekarang diorang tak hantar quotation lagi. 

Apa yang nak buat kat situ?

  • Plan 1 nak buat cermin muka. Ngam-ngam sama besar dengan ruang segiempat tu. Sebab nak ruang kat situ jadi besar. Tapi boleh tak nak letak cermin kat situ? Kena tengok logik jugak kan?  
  • Plan 2 nak buat para-para. So boleh la letak hiasan kecil-kecil kat situ. Tapi takut serabut pulak. Tapi... adei, banyak benar tapinya. Ye lah, kalo letak hiasan mestilah berhabuk pulak kang. 
  • Plan 3 nak combinekan cermin dan para-para. Hambik kau. Tamak betol kan? Tapi boleh tak impian ini direalisasikan? Kena tanya yang pakar dulu. Bukannya nak main letak sukati certmin tanpa memikirkan struktur dinding tu semua.

Agaknya boleh tak impian ini tercapai? Huhuhu...
Catat Ulasan