Khamis, April 18

Kamar Beradu Pengantin 2008

Tetiba je. Terasa macam nak buat preparation kawen. Sekali lagi? Hahaha. Syoknya kan? Adik ada 4 orang lagi belom kawen tapi macam lama lagi nak kawen. Bila nak kawen tu macam-macam perasaan ada, excited, berdebar, risau, bingung. Bingung tak cukup duit nak beli itu ini. Hehehehe. Dulu masa kawen hantaran saya takdelah macam orang sekarang sampai berpuluh-puluh ribu. Hantaran tu untuk majlis jer. Lain-lain kami prepare sendiri, share-share. Takdelah nak kikis duit laki semua. Dah kita ni bekerja, ada taste sendiri. Keluar jugak lah, bukannya untuk orang lain, untuk kepuasan diri sendiri jugak. Ye tak gitu? Hehehe. Rindu kat bilik pengantin dulu. Sekarang semuanya dah tinggal kenangan di rumah Mak. Aircond, curtain, built-in cabinet tu memang niat nak buat untuk Mak pun. Bawak lari katil dan side table je.


Dari pintu kamar....chehhhh....macam tajuk lagu pulak. Mengintai dari tirai kamar. Hikss. Dan yang bawah ni my built-in cabinet suatu ketika dulu. Yang ni titik-peluh saya yang baru setahun kerja time tu. Alhamdulillah. Sekarang dah digunakan oleh my parents pulak. Rumah sendiri sekarang takde built-in cabinet untuk master bedroom. Tunggu masyuk dulu. Nak jugak nanti. In sha Allah. Semoga ada rejeki sampai ke situ.

Alhamdulillah, kawen dengan hasil titik peluh sendiri. Bangga dan puas. Memang ada jugak yang tak puas hati tapi apa boleh buat. Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat, dan tak semua benda akan sempurna seperti yang dirancang. Apapun tahun ni masuk tahun ke-5 kami hidup bersama, dan telah diserikan 2 orang cahaya mata. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.



Catat Ulasan