Selasa, September 4

Tersembul, Terselit

Pernah tak terjadi?
Di saat anda tengah kesengkekan
Tiba-tiba di celahan baju ke buku ke fail ke
Ada not-not kertas yang berwarna merah
Atau hijau
Atau lebih best lagi ungu!
Wahhhhh!
Sokaa! Sokaa!

Semalam masa balik kerja
Nak isi minyak dulu
Selaklah tempat letak cd dalam kereta
Nak ambik kad Bonuslink sebenarnya
Tetiba tersembullah not-not merah
Lagi, eh ada lagi
Ada 4 keping!
Hiiiii.....

Teruslah ai isi minyak full tank lagi
Tak payah dah bukak purse u'olss

Suka kan kalau selalu macam tu?

Heppp!
Of course lah
Itu memang duit I

Dulu pernah isi minyak, pecah not 50
Balance selit-selit jer kat mana-mana tempat CD
Sebab tu lah terjadinya peristiwa tersembul terselit semalam




 
Catat Ulasan