Selasa, Jun 19

Brownies Sulung

Bak kata ofismate saya, hari Ahad yang lepas ialah hari memasak sedunia bagi saya.
Hahaha.
Ye lah masak laksa lah, pastu buat brownies pulak.
Brownies tu tetiba nak buat sebab tengok blog Mama Aufa.
Macam senang jer nak buat.
Tapi memang senang pon.
Rasanya pun sedap jugak.
So raya ni malas nak buat kek dan biskut canggih-manggih.
Plan nak buat yang simple-mimple macam ni jer.
Buat kek lapis 4-5 biji bukan orang makan pun.
Baik buat yang reingan-ringan macam brownies ni.
Senang pun senang, kalo habis boleh buat lagi.


Resepinya pun senang nak dapat.
Yang ni resepi untuk setengah adunan.


125gm mentega*
200gm cooking chocolate* 
(*melted & mix together)

3 biji telur
145gm brown sugar
1tsp Vanilla Essence

45gm tepung**
50gm tepung koko**

(**Diayak bersama) 

50gm chopped nuts - Terpulang nak guna kacang apa pon, saya pakai almond cincang


Cara-cara


  1. Pukul telur, brown sugar & VE sampai kembang
  2. Masukkan cooking choc + butter yang telah dicairkan bersama tadi
  3. Tambahkan tepung koko & tepung yang telah diayak bersama
  4. Masukkan kacang.
  5. Pastu macam biasa sapu mentega kat acuan (saya guna acuan 8" segiempat). Lapik dengan kertas minyak supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan.
  6. Bakar dengan suhu 160 darjah C selama 25-30 minit.
  7. Siap untuk dihidangkan!


 




Catat Ulasan