Tidur meniarap salah satu punca SIDS?

Baby Irfan sangat mudah terkejut bila tidur di waktu siang. Bila akak yang menjaga kami dalam tempoh berpantang ni melihat Irfan begitu, dia pun mencadangkan supaya Irfan ditiarapkan semasa tidur. Ya, saya memang pernah mendengar dan membaca mengenai bayi yang tidur meniarap tidak akan mudah terkejut. Malah Iman dulu pun saya pernah tidurkan secara meniarap semasa masih bayi. Walau bagaimanapun, hati saya masih was-was dengan apa yang saya baca dan yang saya dengar, so saya google mengenai baby yang tidur meniarap ni. Ye la, bila dah tiarapkan Irfan, nampak dia sangat gelisah, muka pun dah merah, risau jugak rasa hati melihat anak yang sekecil itu begitu. Mata pun tak lepas memandang si kecil. Sangat tak tenteram melihat dia tidur dalam posisi sebegitu.

Google punya google, saya sangat terkejut dengan apa yang telah saya temui. Nasib baiklah saya tergerak hati untuk mengkaji daripada terus mempercayai. Kredit untuk blog Mawaddah di atas perkongsian artikel berkenaan stomach sleeping (tidur meniarap) dan kaitannya dengan SIDS.




Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?
SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?
`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP.. 

Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?
Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)

Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap? 
  1. Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...
  2. Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...
  3. Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..


Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...
  1. Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini) 
  2. Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..
  3. Mitos: Elak perut kembung..Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...

Sekarang macam-macam boleh terjadi. Baik kiranya kita mencegah daripada mengubati sebelum menyesal kemudian tidak berguna. Bagi ibu-ibu di luar sana, sebelum mempercayai sesuatu, baik kiranya kita mengkaji dan study sedikit apa yang baik dan apa yang tak baik untuk anak-anak kita. Anak adalah anugerah daripada Allah, hargailah mereka dan lindungilah mereka sebaiknya.



5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. baby y ni saya xtry lagi..tp Ruhil Imaan memang tdo meniarap sejak jatuh pusat lagi.. masa uhil dulu, tengkuk dia sgt kuat, sbb kecik2 dia bleh ubah posisi kepala dia kiri kanan bila dia meniarap..tu y xrisau,tp stil kena perati2 jugak laa

    ReplyDelete
  2. oh, ye ke? ada org ckp kalo tdo meniarap kepala baby bulat... leh lindungi tengkorak.. tapi kena selalu perhatikan... tu yg risau tu..

    ReplyDelete
  3. As salam mira,

    Iman dulu mmg sy bg tido meniarap, sb die mudah terperanjat... Betul ke ape yg mira tulis ni... Risau jgk kan... Next time kena beringatlah for next baby... Tp masa dlm wad dulu nurse pun letak bb tido meniarap tau! Nnt nak baca link tu... Tq for the good info mira...


    P.S. Lama tak singgah sini, jgn mrh ye :)

    ReplyDelete
  4. baik adli baik auni, dua-dua kuat dan boleh pusing sendiri bila rasa2 nak lemas.tapiii biasanya, kita mmg pantau sebab kecil lagi. adli lbh mudah terperanjat banding dgn auni.

    ReplyDelete
  5. Owh baby saya nama Irfan juga. hehe.

    Dulupun dia selalu terkejut semasa tidur dan his Paed yang suggest tidur meniarap. tapi mesti atas tilam yang bersesuaian. Tak boleh tilam yang gebu2. tanpa bantal.
    Sampai sekarang dia selesa begitu meniarap dan tanpa bantal.

    Orang dolu-dolu selalu bedung baby tanak bg terkejut, tapi baby sekarang jarang dah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form