Khamis, Januari 26

FB vs Twitter

FB atau Facebook seakan-akan 1 kemestian bagi orang-orang zaman sekarang. Dan begitu juga Twitter. Tapi masih tak ramai yang aktif bertweet.

Begitulah juga dengan diri ku ini, tak sah kalau tak jenguk FB. Seakan-akan tak connected dengan dunia luar. Entah hape entah punya perasaan macam tu. Walaupun kekadang tak update apa-apa tapi tetap jugak nak baca dan nak tengok gambar-gambar yang orang post. Adakah aku ni seorang stalker? Nantilah tunggu aku muhasabah diri, baru aku boleh bagitau korang sama ada aku ni seorang stalker ataupun tak.

Twitter aku, on off on off jer. Kalau boring, on lah twitter. Bukan apa, malas nak baca bebelan-bebelan manusia yang difollow. Dah tu sape suruh follow kan? Follow sebab nak tau cerita la, sedap sikit nak poret atau 'makan daging manusia'. Isk isk isk... Takde lah sampai melahap macam tu sekali. Aku on twitter bila nak membebel tak puas hati dengan orang ke, meluat ke, benci ke. Sebab benda tu semua tak boleh buat di FB. Nanti update di FB, seantero alam tau. Tak suke! Tak suke! At least kat twitter orang yang follow kita je tau. Tu pun diorang tak tau sape yang kita bebelkan tadi.Ye tak?

So kesimpulan kat sini, FB tu lebih kepada untuk bercerita atau 'membuka pekung di dada' kita sendiri atau kalau nak lagi antap, show off or nak ngeso dengan makhluk sekalian alam yang lain. Tapi twitter ni lebih low profile. Kalo ko taknak, jangan follow. Kat FB kalo ko taknak ko boleh jugak unfriend tapi orang tu tau la nanti ko unfriendkan dia, pastu jadi pulak kes-kes lain seperti kecik ati dan sebagainya. Susah kan jadi manusia bertopengkan malaikat di FB. Di twitter, takyah pakai topeng, kalo ko takde follower lagi lah sedap ko merapu sorang-sorang. Biar jadi orang gila cakap sorang-sorang janji hati ko puas!

Heh. Itu pendapat aku jer. Korang mesti ada pendapat korang sendiri. Kalo berani, ulas lah!


Catat Ulasan