Jumaat, Januari 27

Bodoh Sombong

Setiap kali semester baru, kenapa mesti ada jer pelajar yang bodoh sombong?
Saya dah boleh agak dah sape yang ego, bodoh sombong ni.
Kalau orang lain, tengah khusyuk buat kerja, dia akan tertoleh-toleh sibuk tengok orang lain.
Bila ditanya, atau nak tengok hasil kerja dia, ada jer alasan yang dia bagi.
Dah tak tau, takmau tanya.
Saya pun tak tau nak terang macam mana.

Dan, pelajar yang sebegini sememangnya telah dilabel oleh semua pensyarah.
Dalam kelas lain pun macam tu jugak.
Kalau ada assignment kumpulan, mesti orang takmo dia masuk kumpulan yang sama.
Dan, terjebak lah dia ke dalam lurah kumpulan bodoh sombong.
Hmm.. dalam 1 kelas tu mesti ada at least 1 kumpulan ( 2-3 ) orang yang blur.
Dah tau blur, berlagak lagi pandai, tu lah yang dinamakan bodoh sombong.
Muka confident jer boleh buat, tapi..

Dekat sini bukan nak carik muka confident tapi yang boleh dan reti buat.
Yes, di sini more to hands-on & practical.
So, jangan ler berlagak, adik-adik.
Nanti keluar dapat Sijil pun tak guna sebab memang tak reti pape.
Nak salahkan pensyarah, of course, selalunya kamilah yang disalahkan.
Tapi cuba korang yang menuding jari tu berada di tempat kami.
Masuk kelas, mengajar, rasakan, macam mana nak solve budak macam ni.
Taknak berbunyi sepatah haram pun.
Susah la.

Kalau kami jer yang bersungguh-sungguh nak mereka boleh dan reti buat.
Tapi mereka sendiri???
Memang susah.


Catat Ulasan