2012: Kakak dan Adek

Apabila hari tu semakin dekat, semakin pusing pulak bila memikirkan bila dah ber-4 nanti. 3 bulan pertama ok lah, masih cuti, bulan ke-4? Adek memang confirm ada yang nak jaga, Kakak pun sama juga, tapi takmo lah Adek dan Kakak di tempat yang sama. Kesian dengan orang yang jaga tu. Lepas tu, pusing nak memikirkan macam mana nak 'tranfer'kan Kakak dan Adek pada awal-awal pagi. Kalau orang lain maybe boleh macam ni, Ibu antar Adek, Ayah antar Kakak. Tapi.... dengan keadaan Ibu yang kerja 1 jam perjalanan dari umah ni? Memang confirm kena gerak dari umah tanpa menoleh ke mana-mana sebelum pukul 7. Kalau tak, merah ler jawabnya punch card. Nak antar Kakak atau Adek tu boleh, tapi tempat tu mestilah sehaluan dan sehala dengan tempat Ibu kerja. Adoi. Takkan semuanya Ayah. Kesian pulak dia.

Ayah pernah cakap nak ambik maid. Tapi.... banyak tapinya. Ibu tak berapa gemar la ada orang lain interframe. Biarlah semua diuruskan sendiri. Bunyi macam ego kan? Hmm... Pastu tak berapa nak percaya dengan Indon. Kalau nasib baik, ok lah dapat yang bagus. Kalau jenis yang ambik kesempatan, pemalas, sape nak jawab. Dah la nak ambik diorang ribu-raban wajib keluar, pastu belum habis kontrak dah lari pulak dari umah. Hii... risiko semua tu.

Sampai sekarang masih belum ada penyelesaian. Nak hantar Kakak sekolah, Ibu kena la hantar Kakak. Biar Ayah hantar Adik. Tapi sekolah mana yang menghala ke tempat kerja Ibu? Adoi..

Tahun ni usia meningkat lagi. Nasib baik Allah bagi rezeki untuk menambah umat tahun ni. Kalaulah makin tua baru nak beranak lagi, tak tau la larat ke tak. Dengan nak menguruskan rumah lagi. Muda-muda macam ni (consider muda lagi la) boleh la balik kerja, masak, uruskan rumah, bawa perut lagi. Alhamdulillah. Sepanjang pregnant Adek ni, Ibu dikurniakan kesihatan yang alhamdulillah, tak banyak ragam, takde morning sickness. Baru jer tadi cleaner cakap masa bersihkan bilik, cakah kitak ooh, aktif jak. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Tu semuanya kerana Allah mengizinkan.

Sampai sekarang masih tercari-cari jalan penyelesaian Kakak dan Adek. Kalaulah Ibu kerja di Kuching jer kan senang? Takde la semuanya diletak di bahu Ayah jer. Apapun, semoga semuanya dipermudahkan. Mungkin lepas ni Dia akan membuka pintu penyelesaian untuk semua ni. Insya Allah... aminnn.


8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. betul kata mira tu, bila adik dah keluar nanti, akan ada la penyelesaiannya. kita hntr je tmpt yg sama. alhamdulillah, pengasuh baru, tempat baru, oni dgn aie survive. so far, balik kerja tak struggle sgt nak kena masak bagai, alhamdulillah juga abi jns tak kisah. jadual hari2 mmg lari habis la. hahaaa. tapi masih boleh handle.

    boleh punya, muda lagikannn???

    ReplyDelete
  2. xpat mintak transfer mem? sama lah kita tok mikir benda yg sama. kmk at least la laki mek off, nya boleh tolong diat2 anak2, p mun 2-2 keja, kmk lah yang bertanggungjawab utk hantar anak2 ke rumah mak mek. buat masa tok, mintak tolong mak mek jaga.

    next year bok hantar nabihah ke tadika. nak soh nya sekolah this year tp nya gik "bergantung" gilak & kelakar pun gik telo. masih k pampers juak.

    kinek tok mek ngan husband mek slow2 ngajar nya sak nya "matang" bok konpiden ngantarnya sekolah.

    tapi, best kan mira pengalaman macam ya. sik lamak gik ktk ho... camney baby tek, sihat? heheh..

    ReplyDelete
  3. tempat tu x jd masalah cha, masalah nk menghantar 2 org budak tu... takut si ayah kelam-kabut jer... lainlah kalau ibu, ibu supermak x sama dgn bapak.... hehehhe

    ReplyDelete
  4. so far xpat... mun dh nait pangkat baru dpt kali.. ya lah susah keja jauh2 tok... sian ngn laki... semua jak nya... tp mek rasa masa sidak kecik nang da susah kit, tp bila dh besar nyaman lah kit dh sekolah...

    adek sehat alhamdulillah...hehehe

    ReplyDelete
  5. Aieee. Ingat dah keluar adik tekk. Hehehe banyak keja juak kak oww

    ReplyDelete
  6. jadi, sebelum mira keluar sediakan la segala kelengkapan utk hubby. boleh punya. abi tu kalau dia mls dia suruh kita gak yg hntr. time tu lak sorang2 buat pangai. mmg naik hantu la kita. paksa angkut je. hahaaa.

    ReplyDelete
  7. cha, mmg camtu ler skrg.. kekadang terus letak dlm keta terus... tgl nk angkut budak kecik tu jer msk lam keta.... hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form