Rabu, Mac 23

Saya tanpa BFF


BFF ialah istilah yang budak-budak sekarang gunakan untuk bestfriend atau teman yang paling rapat.
Best friends forever.
Entah kenapa bila difikirkan sekarang, tiada istilah BFF dalam hidup saya.
Saya tidak punya teman yang betul-betul rapat dan faham akan diri saya.
Kecualilah suami saya.
Saya mencebik sikit pun dia tau saya tak berkenan.
Uurgh, gara-gara Lie To Me lah tu.
The truth is written all over our faces.

Saya rasa BFF saya pada masa lalu semuanya telah beransur hilang dalam diari hidup saya.
Mereka masih wujud tapi mereka tidak mengetahui kewujudan hati dan perasaan saya.
Maka itu bukanlah BFF yang setia menemani kita di saat susah dan senang kan?

Kesimpulannya, saya tiada BFF!


Ibu Iman: kenak urang suka gilak nangga cd oh? kenak aku juak ngadap blogger tok?


Catat Ulasan