Ahad, April 10

Marilah mari, kita mengundi bila nak gathering

Peringatan mesra: Sila scroll ke bawah untuk entri terkini.


Bah, berik chance lok entri tok melekat di atas tok, sak senang kitak orang vote bila nak molah gathering agik. The real gathering, bukan main-main k. Tarikhnya ialah Good Friday ujung bulan tok (of course Serawak tok PH) or ari Sabtu (sik semua lah urang cuti tapi yang jadi kuli perentah ya, cuti lah tapi sik semestinya juak). Tarikh tok lepas election lah. Nak molah ari election takut ada yang on duty or yang balit kampung sebab nak ngundi. Tarikh 2 igek tok kitak orang choose lah, ne rasa yang bagus, yang semua urang leh commit ngan aktiviti sosial kita. Chehh... sosial lah gilak.




Tarikh cadangan kitak orang?

Tok cadangan jak lah. Mun rami yang sik dapat, apa boleh buat. I kensel jak, sik susah. Hehehe. Masanya either petang or malam. Mun malam takut susah ibu² yang beranak kecik ya. Mun I, sik kesah malam kah siang sebab si kecik I nang biasa berjalan sampei malam. Hehehe. Ekotlah kesesuaian masa kitak orang. Fleksibel bah. Lagikpun tarikh cadangan tok gik lamak. Sempat nak ngator masa.

Lepas ya, aktiviti nak dipolah, kitak orang vote jak. Mun dah muktamad kelak, baruk kita decide tempat gik. Mun dapat kitak orang suggest lah tempat sekali di komen k.




Aktiviti apa nak dipolah?

Kamek tok sik tauk gilak tempat yang best. Mun nak molah private function, mungkin kat Saddad, Babaganosh, Aroma Cafe or poolside steamboat kat Riverside. Atau sine² jak lah. Ya mun makan. Rega sepalak kelak kita rondeng, ekot majoriti berapa yang kitak orang setuju.

Mun nak bowling, maybe kita boleh polah team, lawan suka² jak. Tempat? Sikda tempat lain, Crystal jak lah yang kamek biasa deal untuk student mek. Mun kitak orang biasa deal di Riverside, bolehlah tolong² kamek juak untuk book. Rega ya rega biasalah bila berbowling. Mun dapat dirondeng, mintak less. Tapi pun PH susah kit lah.

Mun karaoke, kamek sik tauk gilak lah. Kamek biasa di Enter K jak di Crown Tower (Mummycare). Rega ya ada time yang murah, kol 3 - 8, RM10 sepalak termasuk air. Siktauk lah mun ada promotion agik nektok. Tapi mun dah rami gilak sik best juak lah nak berkaraoke.

Picnic atau family day? Ya kamek sik suggest doloklah sebab kita lom ada AJK pelaksananya. Mun dapat, mok juak ada 4-5 orang gik k nolong kamek. Mun picnic atau family day, better kita plan betol². Mesti best. Family Day untuk blogger Kuching. Grand apa, lak kamek madah ngan reporter Metro, dapat masok lam berita Harian Metro Kuching. Vah vah vahhh...verangan I.

Dan secara rasminya, undian tok akan dibukak start pada 28 Mac 2011 - 10 April 2011. Ada 2 minggu pakei ngurus tempat or nak booking tempat. Harap² sempatlah dalam masa 2 minggu ya. Mun kitak orang ada cadangan lain, padah jak. Cadangan sentiasa dibuka. Terima kasih.

*Kepada yang berminat, sila tinggalkan nama, alamat blog & email kitak orang di ruangan komen. Makseh sekali agik.


Ibu Iman: Kita hanya merancang, Allah juak yang menentukan..


Catat Ulasan