Jumaat, Februari 25

Aras kognitif dan taraf hidup

Dato' Siti dah melebarkan sayapnya ke bidang pengacaraan pulak.
Korang tengok tak talkshow terbaru Siti tu?
Kat Astro Ria
Saya tak tengok habis, saya tengok sikit jer
Tapi nampak lah Siti agak gugup dan nervous masa interviu Tun
Ye lah, sape yang tak nervous nak interviu orang macam Tun

Semalam masa slot 'Action Research' speaker kami ialah seorang Dr
Masa tu kami tengah berbincang tentang level kognitif
Tiba-tiba kan...

"You all tengok tak rancangan Dato' Siti yang interviu Tun tu? Saya kesian tengok dia (Siti)"

Tiba-tiba jer kesian kat Dato' Siti
Apa kes?

"Kesian dia, nampak sangat level kognitif dia rendah, nampak sangat dia nervous. Saya bukan nak rendahkan pendidikan dia, tapi dekat situ kita sendiri boleh tengok, orang yang level kognitif rendah akan tak konfiden bila berdepan dengan orang yang macam Tun (level kognitif tinggi). Ye lah, Dato' Siti tu setakat SPM jer kan? Saya tak rasa pun dia berjaya interviu Tun. Pengetahuan dia belum mencukupi untuk nak bertanya soalan dengan orang seperti Tun. Lainlah kalau Oprah, Aznil ke. Mereka tu memang dah diketahui kognitif tinggi."

Hmm...

"Tapi, dia (Dato' Siti) hanya sesuai menyanyi kerana bakat dia memang menyerlah di situ. Ingat, Teori Gardner! Manusia ada 9 kecerdasan. Dan dia(Dato' Siti) mempunyai kecerdasan muzik."

Tapi, memang betul lah. Korang pernah tak mengalami situasi takde idea nak cakap bila berdepan dengan orang yang berpengatahuan luas? Haaa... sebab kita manusia ni level kognitifnya tak sama. Dah tu, ada 9 cabang pulak tu. Sebab tu kalau bersosial, adalah baiknya kita bercampur dengan orang bijak pandai, sebab secara tak langsung kita boleh 'curi' sedikit pengetahuan dari mereka. Kan? Kan?

Kesimpulan kat sini, sangatlah penting untuk kita mengupgrade diri sendiri daripada baik kepada yang lebih baik. Sesambil kita blogging cerita pasal anak, pasal rumah, pasal perasaan, jangan lupa untuk follow blog-blog yang berunsur pengetahuan dan ilmiah. Contoh la yang paling simple, kalau tak pandai masak, google jer, semuanya ada kat internet ni. Tak tau masak nasik goreng, kat You Tube ada! Daripada tak pandai kan dah jadi pandai. Suami pun makin sayang. Senyum memanjang jer lah.

Dato' Siti nak jadi Oprah? Belum sampai ke tahap tu lagi.
Dan kalau diperhatikan manusia-manusia bijak pandai di dunia ni (mempunyai aras pemikiran tinggi) semuanya kaya-raya, contoh Mark Zuckerberg. Bijak lah tu kan, rambut takde uban lagi dah boleh mencipta 1 generasi baru, generasi Facebook. Korang pandai ke nak buat Facebook? Huh, saya pun tak pandai. Hehe. 

Contoh 1 lagi, Dato' Siti lah. Aras pemikiran dia yang tertinggi ialah cabang muzik, tengok, kaya tak kaya? Hehehe..

Nak lagi contoh, Dato' Nicol David. Aras pemikiran tertinggi ialah kinestatik. Dengan memanipulasi bakatnya dalam skuasy, sekarang dah pegang title 'Dato' walaupun umur masih setahun jagung.

Lagi? Korang pikirlah sendiri.

Tak semestinya tak pandai di sekolah, tak pernah belajar kat u, kita tak boleh hidup kaya, kalau kita tau aras kognitif kita di cabang mana, dan bijak memanipulasinya, insya Allah, kita boleh. Siapa yang tak tau Kek Lapis Dayang Salhah? Haa... buat kek lapis jer tu, boleh jadi terkenal seperti sekarang.

Anda bila lagi? 




Ibu Iman: rasa macam nak sambung belajar lagi... tapi bagi peluang Ayah Iman dulu lah :)



Catat Ulasan