Ahad, Januari 2

Iman dan buku II

Iman sekarang dah semakin sukakan buku.
Bangun tido mesti terus cari kokok.. kokok (buku yang ada gambar kucing).
Sambil jari cute nya tunjuk ke arah buku tu.


Sebelum tido mesti carik buku, tunjuk-tunjuk dengan jari pastu mulut membebel.
Pastu baring, tunjuk lagi gambar kat buku.
Kalau sampai ke page ada lagu 'Ba ba black sheep' terus bangun, goyang-goyang badan.
Baa-baa.. tu jer yang dia pandai.


Teringin nak antar Iman ke taska macam Ruhil Imaan.
Mesti Iman suka banyak kawan.
Mesti Iman comel pakai uniform taska.
Tapi atok tak bagi.
Iman sekolah dengan Nek Wa jer.
Nek Wa pun baru pencen cikgu tadika.
Nek Wa bagi Iman buku budak pra umur 5-6 tahun, lagilah advanced!

Gambar diedit oleh Auntie Nana, kawan Mak Ngah, imagine Iman dah kat sekolah.


Cerita sebelumnya, Iman dan buku


Catat Ulasan