Khamis, November 25

Pengorbanan seorang Ayah

Bagus tak bagus punya isteri?
Suami disuruh cuti, sebab anak demam.
Haa.. aku lah tu.
Sedih tau.


Nasib baiklah Encik Suami jenis yang tak berkira.
Bukannya aku takmo cuti.
Risau tau tengok anak demam.
Tak sedap hati nak gi kerja.
Tapi minggu ni turn aku driving.
Takkan nak ponteng sehari plak.
Dah ler bulan lepas aku ada ponteng gak.
Kesian lah kawan.


Mudah-mudahan Iman Madihah cepat sembuh.
Malam tadi, kol 9 macam tu, suhu dah sampai 39 dah.
Terus aku mandikan air sejuk.
Masa tu Encik Suami tak balik kerja lagi.
Nak gitau dia, takut dia risau pulak.
Masa tu dia tengah entertain Pengarah-pengarah datang ke jabatan.
Pengarah ni pun satu, datang tu biarlah time kerja.
Nasib baik lepas tu, panas pun semakin turun dan dia berselera makan.


Tapi kol 4 pagi, aku bangun, badan Iman panas lagi.
Rasa nak nangis jer.
Terus aku dan Encik Suami tuamkan badan dan kepala dia dengan tuala basah.
Alahai anak Ibu.
Ibu cuba balik awal hari ni yer, sayang.

Gambar yang diupload Ayah di FB tadi

Yang, sorry and thanks for everything!
Love u so much!



Catat Ulasan