Rabu, November 3

Kebaikan main kutu

Pernah main kutu tak?
'Main kutu'.
Bukan main binatang serangga yang bernama kutu tu ek.

Hmmm....

Dulu pernah jugak heboh mengatakan main kutu ni haram.
Dan salah di sisi undang-undang.
Sebab?
Kerana mengambil wang pendahuluan daripada orang lain.
Tapi pandangan peribadi saya, main kutu ni tak memudaratkan.
Malahan menggalakkan semangat untuk bantu-membantu di antara 1 sama lain.

Contoh.
Kalau kita nak bayar insurans kereta pada bulan 10.
Maka kita ambik la kutu bulan 9.
Tau-tau aje lah insurans kereta dah berapa.
Kalau nak harapkan gaji, mau makan nasik dengan kicap jer sebulan.
Lain lah kalau orang yang ada part time atau MLM.
Itu lain cerita, hokey.

Atau.
Kalau nak kawen bulan 12.
Ambik la kutu bulan 11 atau 12.
Kalau ambik bulan 11 boleh cover perbelanjaan yang tak terancang.
Kalau ambik bulan 12, boleh buat pergi honeymoon.

Naahh..
Sangat membantu kan?

Saya pun main kutu jugak kat ofis ni.
Malahan ada 2 grup kutu yang saya join.
Satu kat ofis saya ni, satu lagi geng kutu kat ofis mak.

Untuk perkumpulan kutu kami, ada kontrak bertulis tu.
Jangan macam-macam, hokey.

Tak tau main kutu?
Urang Serawak madah main hoi.



Catat Ulasan