Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin

Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil, buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa A.S.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah S.A.W. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis-manis yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa A.S.

Disebabkan kelebihan-kelebihan tersebut, maka minta suami puan dapatkan sekotak buah kurma di kedai-kedai yang berhampiran.

Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan kepada puan serta kandungan puan.


Sumber: Email


3 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. kurma yusop tayub paling umph.

    ReplyDelete
  2. spnjg prgnt kali ni mira, kakak lngsng x dpt telan itu pil2 tmbh drah so kakak minum jus kurma at-taiyyibah. alhamdulillah, kakak rasa antibodi kakak mcm ok la sikit. kalau tidak, mesti senang selesma n sakit kepala mcm awal2 prgnnt.

    ReplyDelete
  3. cha,kurma yusof tayob skrg mcm dh x ummph mcm dulu2 :(

    kak, ya kah? mmg 1 pil pn x amik ke? asid folik? tp kurma mmg byk khasiatnya, kn? manis kurma x mendatangkan penyakit

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form