Isnin, Oktober 25

50 bloggers diperlukan!

9:27 am
Setelah singgah di blog Amni.
Saya terfikir.
Adakah saya boleh menjadi salah seorang daripada 50 blogger itu?
Boleh kah?
Layak kah?

Hmmm... best tak?
Macam menarik jer offer tu tapi blog saya takde yang menariknya.
Cuma catatan harian sebagai seorang pegawai kerajaan dan seorang ibu jer.
Mungkin saya tak diperlukan kot.

Eh, siapa yang memerlukan sampai 50 orang blogger tu?
Sila refer ke sini ya, 50 bloggers diperlukan!

Sesiapa yang dah join tu, tahniah ya!
Takpelah, biar saja saya di sini.
Saya berblog atas urusan peribadi jer.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

10:04 am
30 minit kemudian...

Setelah ditimbang kilo, ditimbang gram, ditimbang kati...
Akhirnya saya memutuskan untuk mencuba nasib.

Kenapa ek saya tiba-tiba berubah fikiran?

Sebenarnya.... saya dah lama dalam blogsphere ni. Saya mula berblog sejak tahun 2005 lagi. Dulu saya ada ramai member blogger tapi sekarang ramai yang dah lost contact kerana saya bertukar identiti. Blog pun dah tukar. Blog lama pun dah delete. Oleh itu, saya teringin sangat kalau member blogger saya yang dulu-dulu tu baca blog saya sekarang dan contact saya semula. Oh, ya! Nickname saya masa mula-mula dalam alam blog ni ialah 'nagacute'. 

Baiklah, kawan-kawan.
    Itulah sebabnya kenapa saya bertukar fikiran. Dan rasanya itu sajalah alasan kukuh  kenapa saya teringin untuk tersenarai sebagai salah seorang 50 orang blogger tu. Saya rindu sangat dengan member-member blog saya dulu.

    Kangen banget!


    Catat Ulasan