Selasa, Ogos 24

Sheperd Pie Ibu Iman

Sheperd pie ni kalo rajin googling banyak sangat versi kat net.
Saya first time buat pun googling resepi dari net.
Lepas tu pandai-pandai ler modified sendiri.
Kreativiti dan inovasi itu penting dalam memasak.


Sheperd pie sangat sedap bagi penggemar kentang.
Harus cuba kalo yang antu cheese tu.
Cheese sebenarnya saya yang tambah sendiri.
Sebab first sheperd pie yang saya makan di umah sepupu takde letak cheese.


Resepi Sheperd Pie


Untuk base

Daging cincang
1 tin mushroom cream soup
Mix vege 
Sosej (dipotong)
Bawang besar (potong dadu untuk menumis)
Sedikit garam/ajinomoto


Cara membuatnya:


Tumis bawang besar sehingga wangi.
Masukkan daging cincang.
Kacau sehingga masak
Masukkan mushroom soup, mix vege dan garam.


Base yang sangat basic. Takde sosej, takde mix vege, sebab bahan tu takde kat umah.


Untuk topping:


Kentang (direbus dan dilenyek)
1 kotak susu segar
Serbuk lada hitam
Sedikit garam


Cara membuatnya:


Kentang dilenyek dan dicampur susu segar, garam, lada hitam.


Lenyek sampai jadi mashed potato.


Kemudian, sediakan aluminium tray untuk dibakar dalam oven.


Kalo pakai yang disposal tray, lagi senang. Hehehe.


Bahan base tadi dipenuhkan di dalam tray
Selepas tu, penuhkan pula dengan topping (mashed potato) tadi dan ratakan.
Kalau nak, parut mozarella cheese di atas sheperd pie tadi.


Dah diparut dengan cheese.


Bakar dalam oven sehingga cheese kekuning-kuningan.
Dah siap pun untuk dimakan.


Senang kan? Mengenyangkan pulak tu. Apalagi.. cuba lah.




Catat Ulasan