Ahad, Mei 9

6 bulan sebagai Ibu

Hari ini buat pertama kalinya saya menerima ucap selamat "Hari Ibu". Teringat detik-detik 6 bulan 9 hari yang lalu di mana Iman Madihah selamat dilahirkan ke dunia.

Tiba-tiba saya merindui bau Iman Madihah semasa baru dilahirkan. Rindunya Ibu nak peluk, dakap, cium , gomol Iman masa Iman masih dalam hari. Rasa nak diulang balik jer saat-saat tu.

Saya juga merindui saat-saat saya bermalam di SGH. Mungkin pada orang lain banyak kenangan pahit ketika admit di sana namun bagi saya, itulah kali pertama saya admit di hospital dan alhamdulillah semuannya baik-baik belaka. Alhamdulillah, berkat suami saya melayan patient dengan baik, saya juga telah dilayan dengan baik oleh staf-staf SGH.

"Kamek nangga Iman ok jak, sik berolah nak? Jarang kitak bercerita nya berolah." 

Selalu jer member rapat berkata macam tu bila dia bercerita perihal anaknya yang suka menangis dan meragam. Bila member berkata macam tu apa yang dapat saya jawab, alhamdullilah. Ya, memang benar Iman Madihah memang baby yang tak banyak ragam. Mungkin dia tahu sebelum lahir dulu dia telah menyusahkan Ibu (kerana Iman lahir secara caesarian) dan bila selepas lahir, memang Iman baby yang sangat mudah diuruskan dan dijaga. Alhamdulilah. Semoga Iman Madihah mudah dijaga dan diuruskan sampai besar nanti.

Apapun, Selamat hari Ibu kepada semua ibu di blogsphere ni termasuk anda yang membaca entri ini, Selamat Hari Ibu sekali lagi.


Ingatlah, bukan pada Hari Ibu ni jer kita perlu mengingati jasa-jasa dan pengorbanan Ibu kita tetapi setiap masa kita perlu mengingati Ibu yang bersusah-payah melahirkan kita ke dunia sehinggalah menjadi 'orang' seperti sekarang.



post signature
Catat Ulasan