Isnin, April 19

Minggu Yang Baru

Setelah seminggu bercuti, ari nih aku kembali menjalankan rutin 8 to 5 seperti biasa. Hari ni memang tak prepare langsung nak mengajar, prepare mental nak kena marah dengan Firaun jer. Dan seperti yang disangka, tetiba Firaun nak buat meeting JK Induk untuk konvo. Menjawab ler aku. Karena cuti, banyak gak kerja tak setel, aku dah bagi-bagikan tugas dengan AJK under aku, takkan aku nak buat semua kot. Aku dah buat part aku, aku dah korbankan cuti aku sehari. Bak kata Wonderpets, apa yang penting, KERJASAMA. Sib baik aku dapat AJK yang ok, mestilah ok, aku sendiri yang pilih pun. Hehehe.

Masalah yang paling besar, fishtail untuk publisiti takleh digantung minggu ni. Terketar-ketar gak aku nak menjawab dalam meeting. Semuanya kerana MSAM minggu ni. Matilah aku kalo besok pun DBKU tak bagi respon. Camne aku nak emnjawab Firaun, printing company lagi dah sebok nak print. Ha, tu lah ko Firaun, wat kerja last minit, apa ko ingat kami ni 'robert' ke? (FYI, Firaun pronounce robot as ROBERT. Ntah ape-ape lah dapat bos ego mamcam tu. Dah bape kali ditegur pun amsih takmo mengakui kesilapan)

Ok, stop. Sok plak pikir sal kerja. Sedari aku balik kerja kol 6 suku tadi, aku tak  dapat nak peluk cium Iman lagi sebab Iman dah masuk dalam buai dia. Awal lak anak Ibu ni tido ari ni. Iman ni kalo pas mandi, kenyang minum susu, mesti tido. Pastu nanti kalo hari tak bertukar tarikh, die tak tido. Kol 12 ke atas tu memang mainan die, takdenya nak tido awal.

Seperti biasa, every weekend bawak Iman jenjalan. Biarpun kat area Kuching jer, janji bawak die keluar dari rumah dan itu dah cukup membuatkan Iman Madihah happy. Suka sangat die bawak jenjalan. Hmm...

Ibu dan Iman

Ayah dan Iman.

 Ayah, Iman dan Ibu.

Semalam Ayah dan Ibu bawak Iman menghirup udara segar di Tebingan Sungai BGS (Boyan, Gersik, Surabaya). Sampai tertido-tido Iman dibuatnya. Ye la ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tak sabar nak tunggu weekend ni plak. Nak ke mana pulak ye?


post signature
Catat Ulasan