Khamis, Oktober 15

Makan sebelum pantang


Aku dan Encik Suami tak sedar pun yang kami sebenarnya penggemar makanan Jepun. Sepanjang pregnant memang aku tak sentuh pun sushi. Kalo tak, pegi jer The Spring mesti terasa nak makan sushi. Sebenarnya kan aku nak sangat makan Golden Ball kat Sushi King tu tapi Encik Suami tak bagi. Golden Ball tu telur jer tapi dah suami tak bagi, ikut jer la cakap dia kan.

Malam tadi jalan-jalan cari breast pump. Bila misi dah berjaya harus la mengisi perut pulak kan? Hehehe. Aku takde plak rasa nak makan apa. Nak makan tauhu jepun yang kat Restoren RasaMas yang kat Boulevard tu jer tapi aku berada di The Spring. Tak mungkin akan dapat tauhu jepun tu. So pergi la jalan-jalan cari makan. Memula pergi The Chicken Rice Shop tapi takde set meal yang menarik perhatian pun. Beberapa kali dah try nak pergi situ tapi masih jugak takde perasaaan. Tetiba teringin nak makan teppanyaki. Hmm.. last makan tahun bila ntah kat food court KLCC. Aku gitau Encik Suami rasa nak makan teppanyaki dan Encik Suami pun on. Green light!

Yeay...! Seronoknya. Suka suka.

:minimo_41:

Aku order teppanyaki chicken set meal. Ada green tea sekali tapi aku tak reti minum green tea. Aku order apple juice dari kiosk lain je.

Encik Suami plak order sukiyaki beef + fragrant rice. Nasi putih la. Hehehe. Tapi tak berapa sedap la sukiyaki beef ni. Aku tak suka. Tapi telur tu aku suka malangnya Encik Suami tak bagi aku makan sebab telur tu half-cooked. Takpe lah, demi baby.

Hmm... sedapnya. Tapi kalo teppanyaki tu dia tukar taugeh instead of kobis lagi sedap. Nyum nyum. Nanti bila baby dah keluar baru bleh makan kat Sushi King. Sabar sabar. Hehehe.

post signature

Catat Ulasan