Jumaat, Oktober 9

36

Sekarang aku sibuk mencari info mengenai caesarian kerana baby ku masih breech. Dulu masa scan 7 bulan baby memang breech tapi ingatkan baby akan turun. Lepas tu cek MCH 8 bulan JM cakap kepala baby dah kat bawah, bila scan kat private plak Doktor cakap baby breech. Masa tu dah start risau dah. Sekarang Doktor bagi masa seminggu lagi untuk baby berpusing, kalo tak memang confirm aku kena caesar. Walaupun aku mengidamkan untuk bersalin secara normal tapi kalo dah baby breech aku takmo nak tanggung risiko. Caesar pun caesar lah, yang penting baby selamat. Mr. Hubby sebolehnya nak aku deliver normal sebab dia risaukan aku tapi aku cakap baby pun penting jugak, takpe la, insya Allah takde apa-apa.

Di kesempatan ini aku nak minta maaf kepada semua blogger yang ada singgah di sini dan juga tak lupa juga kepada rakan-rakan dan silent reader sekalian. Doakan yang terbaik untuk aku dan baby ye.

post signature

Catat Ulasan