Ahad, Ogos 9

27/40

Minggu ni dah masuk 27 weeks means tak lama lagi dah nak masuk 7 bulan.
Kalo dah 7 bulan dah boleh beli barang keperluan baby. Hehehe.
Seronoknya.

Hip hip hoorey..!

Kebetulan bulan ni memang banyak sale.
Sana-sini pergi mesti sale.
Kalo kat KL mesti lagi heaven kan bershopping-shoppingan.
Hari tu Mak ke KL aku ambik kesempatan pesan bumper & comforter set.
Dah survei kat MummyCare, Parkson, Boulevard...
Tapi aku berkenan sangat yang kat MummyCare.
Tapi takde less.
Bila Mak cakap kat Mid V ada less aku on kan aje.
Hehehe.
Baju baby pun Mak nak belikan tapi aku takmo.
Nanti aku nak shopping apa kalo Mak dah tolong belikan.
Nanti nak jugak shopping ngan Mr Hubby, baru la best.
Bahagia gitu.

Hmm... suppose next week aku kena scan untuk placenta localisation.
Tapi minggu ni Mr Hubby asik ajak ke klinik nak scan gender.
Dia plak over-excited.
Nak pergi klinik Dr. Saadiah di Supermall tapi siangnya kerja.
Biasa la aku kerja jauh mana nak sempat nak kuar tengah hari nak 'eskep'.
Malam plak mesti bukan Dr Saadiah.
Aku tak kisah sangat, tak scan gender pun takpe.

Semalam masa jalan-jalan kat Spring aku jumpa baju baby murah.
Aku grab kan ajer.
Timbul plak idea Mr Hubby nak call member MO die nak mintak tolong scan.
Kebetulan memang dah nasib MO tu memang ada kat department tengah on case.
So kami pun pergi ke GH untuk buat ultrasound.

Masa scan, baby takmo pun bagi hint.
Dulu scan kat klinik Dr Saadiah pun sama.
Semalam baby siap angkat sebelah kaki lagi tapi masih nak main sorok-sorok.
MO tu cakap too early kot sebab tu susah nak nampak.
Nak wat camne dah Mr Hubby yang nak jugak scan.
Hehehe.

Yang paling terharu bila tetiba baby sucking air ketuban.
Baby ku sedang minum...!
Ya Allah, subhanallah... rasa nak menitis air mata.
Aku, Mr Hubby & 2 orang MO gelak-gelak jer nengok baby minum.
Ya Allah, besarnya kuasa Allah.
Dah ler baby sucking tu laju sangat.
Macam dahaga tapi sangat cute.
Oh, I really miss that moment.
Sangat bertuah rasanya melihat aktiviti baby di dalam perut sendiri.
Tu baru di dalam.
Kalo dah keluar?
Mesti lagi leka emlayan kerenah baby.
Hmm... thank God sebab beri aku peluang merasa kebahgiaan di dunia ni.
Aku sangat bertuah dan bersyukur.

Masa scan tu aku pun tak berapa nak faham apa yang MO dan Mr Hubby cakapkan.
Yang aku faham semua ukuran baby kami normal.
Alhamdulillah.
Tak kisah la baby kuar besar ke kecik, yang penting baby sihat dan cukup sifat.
Itu jer yang aku pinta dan harap-harapkan. Amin.

Pss... nengok tu mata baby. Hehehe.


post signature



Catat Ulasan