Jumaat, Mac 20

Gambar Penyeri Entri?


Dulu masa aku mula-mula blogging aku tak pernah letak gambar aku sendiri. Selalunya aku cuma akan letak gambar yang berkaitan dengan entri yang aku publish jer. Kenapa ye?


Kerana.... dulu. Tahun 2004 - blog belum lagi terkenal. Dan blogger pun ala-ala 'menyembunyikan diri' lagi. Malu-malu nak interframekan diri di dalam alam siber nih. Sebab dulu ramai blogger yang aku kenal memang aku tak kenal pun muka diorang. Sampai sekarang ada yang dah lost contact pun dan masih belum tau lagi sama ada blogger tu wujud ke tak di atas muka bumi ni.


Sekarang? Tak sah publish entri tanpa gambar. Termasuklah blog aku ni. Aku pun dah terikut-ikut dengan trend blogging sekarang. Orang cakap kalo banyak gambar orang suka masuk blog kita. Kekadang orang tengok gambar jer bukan nak baca entri.


Hmmm... terpulang ler kan? Setiap orang ada objektif dan nawaitu tersendiri kenapa nak blogging. Kalo dia nak blogging sebab nak jaja muka, jaja apa yang dia makan, yang dia beli, mana dia pergi, itu kan hak individu. Kita tak boleh nak larang pun. Dah namanya personal blog kan? Dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pun tak pernah menyebut pasal penyiaran gambar-gambar peribadi di blog kan? Maknanya memang tak haram la nak publish apa-apapun hak milik peribadi di blog.


Tapi risiko tu sendiri mau hengat la. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Lu pikir la sendiri.


post signature


Catat Ulasan