Khamis, Februari 26

Reply Komen Reader : Perlu ke?


Bila kita publish 1 entri, kita akan rasa puas bila ada reader yang respon kepada kita punya entri. Lagi banyak respon, lagi la suka. Kalo takde respon, mesti pernah terdetik dalam hati, apa teruk sangat ke entri aku kali ni? Hmm... pernah tak rasa macam tu?


Kalo anda-anda rajin singgah ke blog mantan PM kita, lihat la respon pada 1-1 entri yang beliau publishkan. Mesti beratus-ratus orang komen. Blog anda? Pernah? Hehehe. Blog aku tak pernah. Lagipun aku disablekan setting blog aku supaya bila orang googling diorang takkan jumpa entri-entri aku kat sini. Aku masih perlukan privacy.


Persoalan aku di sini, kalo reader komen kat entri kita, wajib ke kita respon balik apa yang reader dah komen? Dah menjadi trend dalam blogsphere ni kalo orang komen, kita akan respon balik. Aku pun buat macam tu dulu sehingga kini tapi lately ni aku dah menjadi semakin malas. Aku cuma baca jer komen daripada user, lepas tu aku malas sangat nak respon. Jangan marah ye, aku dah semakin malas. Aku tak tipu.


Mesti orang cakap entri ni entri orang sombong. Bak kata orang Serawak, lawa. Lantak la apa orang nak kata.


Sebenarnya yang aku nak gitau kat sini aku sekarang malas nak reply balik bila ada reader bagi komen. Maaf yer.


Tapi aku tetap menghargai anda-anda yang sudi membaca entri aku kat sini. Terima kasih semua. Tanpa anda-anda, aku tak bersemangat untuk meneruskan perjuangan seorang anak blogger di alam maya ni.


post signature

Catat Ulasan