Jumaat, September 12

Tag: Sesi selongkar handbag

:pandaGeli_14:Tadaaaa...! Aku kembali lagi di tengah hari Jumaat ni nak menjawab tag daripada Kak Risanur. Hehehe.

Tag ni nak selongkar apa yang ada dalam handbag korang. Lepas ni kalo korang kena tag, korang kena:
  1. Snap apa yang ada dalam handbag korang
  2. Listkan barang-barang tu satu-persatu
  3. Kena tag blogger lain mengikut kuantiti barang dalam hangbag korang tu
Contohnya kalo ada 18 barang dalam handbag korang, kena la tag 18 orang yang lain. Ok tak?

Dan memandangkan semua orang kat bilik aku dah keluar, ada yang masih kat kelas, ada yang pi solat Jumaat, ada yang pi lunch, so aku pun snap ler piccas harta-karun yang ada kat dalam handbag aku.

Jom selongkar! :laugh:
Benda yang wajib ada dalam handbag setiap wanita. Cheh! Wanita tu. Ekeke. Purse la apalagi kan? Walaupun RM tak banyak tapi purse tu wajib ada sebab lesen, IC, harta-karun lelain dok dalam tu.


Handphone SE pemberian tunang aku. Wajib ni takleh lupa. Kalo lupa, abis la rasa terputus dengan dunia luar. Ahaks.


Ini cermin ajaib nenek kebayan. Ekekeke. Nak tengok ada taik hidung tak bergantung kat hidung. Hahaha.


Compact powder ZA. Nak tempek-tempek kat muka supaya tak berminyak sebelum masuk kelas. Wakakaka.


Buku nota kecik (1) ni memang dah lama dok dalam handbag aku. Kalo aku tukar handbag, dia ni mesti ikut jugak. Hehehe.


Buku nota kecik (2) ni wujud sebab yang (1) tuh dah abis. Hehehe. Aku suka catatkan apa yang aku nak buat kat dalam buku nota kecik ni.


Buku nota besar BTN ni ada list kawan-kawan yang aku nak jemput untuk majlis aku nanti. Kalo teringat sape-sape aku tulis la kat dalam. Nanti bila nak tulis kad nanti takut ada yang tertinggal sebab kelupaan. Hehehe.


Thumb drive ni semua sangat penting ibarat nyawa aku. Hilang semua ni, aku mungkin akan hilang arah hidup kot. Hahahaha. Slaid-slaid PnP, installer dan macam-macam dokumen semua ada kat dalam ni.


Kunci KB aku dan juga kunci umah. Hehehe


Eh, tak lupa pen untuk menulis. Kalo takde pen aku nak tulis guna apa lak kan? Hehehe.


Last but not least, lipgloss Maybelline ni la. Aku tak reti nak pakai lipstick. Ni jer la yang aku mampu. Hehehe. Lagipun aku ni tak reti nak bermekap.

Hmm... sekarang ni aku nak selongkar handbag diorang ni plak:

  1. Mizzamy
  2. Shimahz
  3. Diya
  4. Azza
  5. Angriani
  6. Eza Sulyzza
  7. Zie aka PrincessRedBloodSnow
  8. Eriyinaz
  9. Kuncop
  10. Katiedokie
  11. Ladykiki

Done! :pandaGeli_33:Yeay! :pandaGeli_05:



Catat Ulasan