Sabtu, September 6

Msjbox

:pandaGeli_36: Kalo betul la korang ni blogger tegar, korang mesti tau apa itu shoutbox. Atau message board. Atau chatbox.

Hmm.. hari ni aku nk story pasal Msjbox. :what:Msjbox ni sebenarnya sama jek dengan message board ataupun shoutbox ataupun chatbox yang disediakan di Internet tetapi yang membezakan Msjbox ni dengan message board yang lain ialah Msjbox ni tak percuma. Kalo korang nak jadi warga Msjbox korang kena bayar membership sebanyak RM10. Walaupun berbayar tapi korang jangan ler risau, dengan RM10 korang akan sangat berpuas hati dengan performance yang ditunjukkan oleh Msjbox.

Dari hari ke sehari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun, Msjbox dah berkembang dan 'membesar' bagaikan johan. Semakin banyak pembaharuan daripada segi feature yang diberikan oleh foundernya. Rasanya semasa mula-mula menggunakan Msjbox ni, tiada message board yang lain seumpamanya yang sesenang Msjbox ni. Memang ada message board yang boleh reply message daripada visitor yang datang ke blog kita tetapi korang kena sign in ke akaun korang dulu baru korang leh reply. Tapi sangat berlainan dengan Msjbox ni, korang tak perlu sign in cuma klik kat button Reply kat Msjbox tu jer untuk reply message daripada orang yang meninggalkan message di situ. Sangat praktikal. I like. :pandacloud_35:

Lepas tu, Msjbox ni kan sangat menghargai usernya. Kalo korang dah bayar membership, korang akan dapat free lagi untuk beberapa bulan. Aktivitinya? Jangan cakap la. Sangat aktif dan banyak sungguh aktiviti yang dianjurkan. Tinggal nak tak nak join jer. Event managernya sangat rajin memikirkan aktiviti-aktiviti yang nak dianjurkan demi merapatkan hubungan silaturahim sesama warga Msjbox. Kiranya dengan menggunakan Msjbox ni, korang bukan setakat mengguna jer tapi kalo korang nak meneruskan persahabatan korang, korang leh join aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Network korang pun semakin la bertambah kan?

Antara ciri-ciri menarik yang disediakan oleh Msjbox ialah:

  • Msjbox Calendar
  • Email & Link detection
  • E-card figt system
  • Keyword filter mechanism
  • Friendship Widget
  • Visitor delete message
  • Msjbox Visitor Log *terbaru
Selain ciri-ciri ni jugak, korang jugak leh customize korang nye Msjbox. Sebab korang yang menentukan color, size, font size, font style untuk Msjbox korang. Menarik kan?

Ooops... aku bukannya sengaja nak mempromosi Msjbox tetapi oleh kerana aku sangat berpuas hati dengan Msjbox ni maka tak salah kan aku cakap besar tentang Msjbox. Hehehe. Macam aku pulak yang buat. Ahaks. Aku dah guna Msjbox sejak Msjbox ni dilancarkan lagi. Dulu takde la ramai sangat user Msjbox ni. Dah ler free pulak tu. Tapi bila user semakin bertambah baru la kena bayar member dulu baru leh install. OK la kan? Kalo bayar pun bukannya mahal pun, minumum RM10 jer. Tak kisah la janji puas hati. Baru syok berblogging kan?

Oh, ya.. 1 lagi. Founder ni statemate aku. So sangat la berbangga sebab ada juga anak Sarawak yang berjaya menghasilkan sesuatu yang diguna-pakai oleh ramai blogger di Malaysia. Tahniah kepada Junaidix.


Kalo nak tau lebih lanjut berkenaan dengan Msjbox, korang leh la visit di sini. Gunakanlah barang-barang buatan Malaysia. :pandaGeli_26:



Catat Ulasan