Isnin, September 15

Blog CurHat


@kakros01


Awas! Korang akan memasuki zon emosional kenangan silam.

:cinonet_23:

Suatu ketika dulu, ketika aku masih lagi bergelar blogdriver, aku jadikan blog aku masa tu sebagai CurHAt (pinjam term dari blog Pocket). Memang betul-betul CurHat. Setiap apa yang berlaku, apa yang aku rasa, semuanya aku abadikan di blog. Sekarang kalo aku dah tak reti nak buat apa, aku godek-godek balik blog pertama aku tu. Kenangan seyh! Di situ aku banyak belajar suka-duka seorang blogger.

Pernah suatu ketika ada seorang blogger meninggal dunia akibat kanser hati dan kemudian blognya diambil-alih oleh tunangnya. Memang banyak mainan jiwa dan emosi di sini. Semua orang berpusu-pusu membaca blog arwah, ada yang bersimpati, ada yang mengkritik, ada yang mengutuk, sehinggakan tunangnya yang hanya seorang OKU yang bisu begitu tertekan dan mengambil keputusan untuk mendelete blog arwah tunangnya. Dan yang menggangu emosi sangat-sangat masa tu ialah arwah blogger tu sempat mewasiatkan blognya kepada seorang blogger yang lain sebelum blogger tu menyerahkan blog tersebut kepada yang berhak iaitu tunangnya yang OKU itu. Sungguh sadis.

Pada masa tu aku tak sempat berkenalan dengan arwah. Aku cuma mula konsentret membaca semua entri di blog arwah ketika arwah sudah meninggalkan alam fana ini. Dan sebagai seorang perempuan dan juga wanita, aku begitu tersentuh ketika membaca entri-entri arwah. Blog yang menjadi curahan hatinya menceritakan suka-duka kehidupan bujangnya daripada seorang yang rosak sehinggalah ke titik-titik penghujung kehidupannya. Aku masih ingat lagi arwah menceritakan bagaimana dia mendapat kanser hati. Arwah telah dikenalpasti sebagai pengidap kanser kerana terlalu banyak mengambil alkohol ketika frustated dengan seseorang. Dan tunangnya yang OKU itu sebenarnya ialah cuma adik angkatnya sahaja. Mereka telah merancang untuk berkahwin tetapi impian mereka tidak terlaksana apabila Allah terlebih dahulu memanggil arwah untuk berada di sisiNYA. Dan yang paling aku tidak boleh lupa, yang mendapat respon ramai blogger ialah apabila arwah menyatakan hasratnya untuk membuat pelamin bertemakan warna hitam untuk majlis persandingannya. Memang tak pernah dibuat dek orang langsung! Begitu sekali kekecewaannya dalam hidup. Hitam amat sinonim dengan arwah. Malah blog nya juga hitam pekat. Menyeramkan kan?

Aku login akaun blogdrive aku balik. Janggal sekali rasanya. Aku track balik entri berkenaan Arwah Ghaz. Semuanya pada bulan April 2006. Sekarang aku dah ingat balik semua watak utama ketika itu. Arwah Ghaz, Sha, Hikaru. Hikaru ialah teman seblogger yang menjadi tempat arwah menitipkan pesanan terakhirnya kepada rakan blogger yang lain. Isk. Kenapa aku boleh teringat kisah arwah ni?
:cinonet_46:

Hmmm.... Marilah kita bersama-sama bersedekah Al-Fatihah untuk Arwah Ghaz. Al-Fatihah.

:cinonet_30:

Aku try track balik entri yang ada pesanan terakhir arwah tapi tak jumpa. Seingatnya aku macam pernah copy-paste ke blog aku masa tu tapi entah lah, tak jumpa. Masa aku dapat tau kematian arwah tu menitis jugak air mata aku yang sememangnya murah ini. Hiks.

Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Ok la, dah berjela dah flashback aku kali nih.

:cinonet_04:

Catat Ulasan