Pages

I Have a Dream

Bukan senang nak jadi senang. Betul tak?

Korang percaya tak dengan Multi Level Marketing? Atau lebih dikenali dengan MLM. Dari dulu lagi aku memang dah tutup minda aku, negative thinking dengan semua jenis MLM. Aku susah sangat nak percaya dengan MLM ni. Ye la, takkan ler mudah sangat nak jadi senang. Boleh percaya ke MLM ni? Hmmm....

Tadi aku keluar dengan my cik abang. Keluar makan satay je. Rasanya banyak movie yang dah tengok. Hehehe. So kat kedai makan tu nak dijadikan cerita terjumpa la my cousin dengan her hubby. Bila dah terjumpa ni, panjang ler pulak boraknya. Dah memang jenis famili member yang banyak mulut kot. So bila dah banyak mulut, banyak jugak ler boraknya. Borak punya borak, hubby cousin ni terus corner ke bab MLM. Awal-awal lagi dia memang ada mention nak story 1 bisnes pun tapi memula takde la dia masuk simpang tak beri signal. Dan bermula la kisahnya dengan MLM yang dia dan cousin aku ni join.

Uptrend2u? Familiar tak? Aku dah lama tau kewujudan Uptrend ni tapi biasa la kalo dah menutup minda, telinga dan mata dengan apa saja bendalah MLM nih, memang ler takmo nak tau langsung 1 apa pun pasal MLM. Memang negatif habis dengan MLM. Bukan setakat Uptrend. CNI, DXN, Melilea dan banyak lagi la. Memang aku tak percaya langsung. Adakah sekarang aku sudah percaya? Oops.. belum lagi. Macam takmo percaya je. Tapi, benda ni tak mustahil kan? Kalo kena dengan usahanya. Kalo dah negatif, memang semua tak boleh pun.

I have a dream. Semua orang ada impian, ada cita-cita, ada angan-angan. Aku pun sama la. Ada impian nak mempunyai keluarga sendiri, ada rumah besar, kereta pun kalo bleh nak juga besar. Nak hidup senang la. Kalo tak mewah, tak kaya-raya, janji senang, famili pun boleh tumpang senang. Ibu-bapa pun gembira. Gembiranya dalam hati kalo semua yang ada di sekeliling kita gembira kerana kita. Nak sangat macam tu.

Dapat ke MLM macam ni menjamin kita untuk menjadi sedikit senang daripada sekarang? Memang. Memang manusia ni tak pernah puas. Aku ni cakap macam orang yang tak reti bersyukur kan? Dah dapat kerja yang agak OK masih lagi nak mengejar kesenangan dunia. Sanggup mengejar material semata-mata untuk senang padahal kesenangan di dunia ni hanya pinjaman sementara. Tapi, kalo setakat nak membaiki taraf hidup sekarang, adakah salah untuk kita mencuba? Salah ke mencuba? Dalam al-Quran pun ada menyebut, ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. Salah ke? Salah ke? Aku nak hidup yang lebih senang. Itu jer.

Kalau lah..... ehmm..

Senang ke nak jadi senang ek?

Boleh percaya ke?

Tapi buktinya cousin aku sendiri. Depan mata. Dia tak keja. Tapi? Dia boleh, aku? Aku boleh ke? Kami boleh ke?

Uptrend. Uptrend. Nak percaya ke tak?

Tapi semangat nak upgrade life tu memang ada. Tambah-tambah lagi dah nak kawen ni. Nanti bila dah ada famili sendiri mesti nak anak-anak senang. Kan?

Kalau tidak kita, siapa lagi? Kalau tidak sekarang, bila lagi?

pss... Uptrend2u

Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

8 comments:

~ mizzAmy ~ said...

~ amy nie cam MC jugak. if MLM terus jer amy jadik malas nak pikir. bukan apa, MLM nie mmg leh wat seseorg tuh kaya. cuma, kerajinan tuh harus tinggi. If MC ada komitmen ngan kerja lain, kemungkinan MC nak kaya raya tuh peratusannya rendah skit. Kaya la jugak, cuma tak kaya-raya. U paham tak? hehehehe...

terpulang la pada MC, cuba la dulu. Tak cuba maka kita tak tahu kan?

amy nie, punya la ramai duk add YM amy. ingatkan org nak ngorat ker haper.*perasan giler*. rupanya nak promote amy suh jd agent unit trust. sebab dah byk kali sangat, maka dah boleh bajet dah kalo ada yg add YM nie. mmg teringin nak join, tapi amy nak suh sorg bro nie jer ajar amy. huhuhuhu.... bro nie kerja dekat jer nan ofis amy. bujang lagik, badan sasa, dah ada umah 2 bijik. *nak ngorat dia boleh?*. hehehhehe.... tue jer tujuan nak jd agent unit trust pun. kihkihkih... :P ~

Mira said...

cik amy,

nawaitu harus betul okeh... hahahaha
jgn ler nk jd agen tuh sbb nk ngorat tu jek... nnt kalo niat x betol takut x menjadi lak... hihihihi

~ mizzAmy ~ said...

~ yer2, niat harus betul. niat nak ngorat la. kahkahkah..... my officemate pun sibuk duk promote mamat tuh kat amy. tapi kan, mamat tuh selekeh!! tak nak la. :P hhahahahaha...~

Mira said...

memilih! eeeiii...geramnya!!!

wakakakaka

~ mizzAmy ~ said...

~ hahahaha..... :P

btw, MC serious ker nak join MLM tuh? ~

Mira said...

ntah ler.. rasa mcm nk cuba.. hehehehe... mgu dpn mc g kl.. yeay!!

dYnA said...

aWk jOin uPtRenD? teLL mE iF yOu dO i nEed yOur heLp HihI!

Mira said...

dyna,
u join ke uptrend???