Pages

Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Terung Asam

Yuhuuu!! Sejak dah office hour macam biasa ni balik keja, masak pun ala kadar je. Penat je lebih so kena layan penat pun lebih la ๐Ÿ˜‚

Sabtu ni tadi plan nak potluck mini gathering kat umah cousin. Plan last minute selalunya memang menjadi.

Kakmim dah takde idea dah nak masak apa. Kebetulan daging salai masih berbaki untuk sekali masak, Kakmim onkan saja untuk masak lemak cili api. Memang blur dah nak masak apa.

Ni kali kedua Kakmim masak daging salai ni untuk tahun 2020 ๐Ÿคฃ bulan lepas pun ada buat jugak masa mak & adik² makan² kat umah. Time tu campur rebung. Hari ni Kakmim campur terung asam. Sesetengah orang kat Sarawak ni panggil terung dayak. Tapi rasanya sama je, namanya jer berbeza. Kat Semenanjung macam takde susah nak jumpa kot terung ni. Terung ni bulat, kaler oren dan rasanya masam. Harga memang harga kayangan ๐Ÿ˜…

Mula² daging salai tu dipotong nipis sebelum direbus sehingga empuk. Kemudian, rebus dengan cili padi + kunyit hidup yang dah diblend, jangan lupa masukkan serai yang diketuk jugak.

Terung asam tu pun rebus sekali dalam daging sehingga terung asam tu jadi lembut. Bila daging dah empuk, terung dah masak baru masukkan santan, garam dan perasa. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.

Resepi ni tak pakai bawang tau sebab seller yang jual daging ni share resepi mertua dia orang nogori, dia pakai cili padi dan kunyit hidup je. Very the senang maaa. Pejam mata pun boleh buat ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

 Kalau suka boleh masukkan daun kunyit ๐Ÿ˜‹ makan dengan sambal gesek pedas berapi ni hmm.. Memang berpeluh jawabnya ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‹


Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

2 comments:

Han Hanni said...

sedapnya. makan menambah2 ni kalau ada ikan kering, sambal gesek.sedap..

Kakmim said...

Selera kpg gini mmg membuka selera.. Walaupun x mcm org tua kita masak tp okaylaaa kan mkn sendiri ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…