SAKIT

Hai!! 

Rupanya bulan Februari hari tu ada 1 entri je ek? Tak perasan pulak Kakmim. Hahaha. Memang langsung tak jenguk pun kat sini. Memang ada teringat nak jenguk tapi entahlah macam takde masa pulak kan? Hey, alasan kan?

Hmm... apa kabar semua? Macam mana hari-hari korang #stayathome ni? Tak sangka pulak kan Covid-19 ni dah seserius ni kat Malaysia ni. Kat Kuching sendiri pun dah macam nak red zone dah. Memang takut jer rasa nak keluar rumah. Sekarang sape-sape je boleh jadi carrier. Scary sangat berperang dengan musuh yang invisible ni. Hmm..

Sepanjang PKP ni Kakmim aktif kat IG je. Memang sengaja buat #foodlog semasa PKP. Untuk memori di kemudian hari nanti, kalau umur panjanglah kan? Bila dok umah memang masak jer lah kerjanya. Walaupun WFH (work from home) dapur memang tak boleh tak masuk. Biasalah ada 4 orang budak yang lasak yang sedang membesar, nak main kat luar rumah tak boleh, bila main kat dalam umah jer, boring-boring diorang cari makanan. Nak tak nak memang nak kena bagi diorang kenyang.

Dah dekat 2 minggu berkurung dalam umah ni, memang ada 1 lagu ni memang terngiang-ngiang jer di telinga ni yang selalu #theIMANs ni nyanyi. Kadang-kadang diorang tukar lirik. Sampai Kakmim pun tercari-cari jugaklah apa nama lagu yang diorang suka nyanyi tu. Rupanya lagu SAKIT. Hahaha.

Ni haa... SAKIT lah sangat telinga Ibu ni dengar diorang asik nyanyi lagu ni..

==============================================

SAKIT - YONNYBOII (feat ZYNAKAL)

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutup la mata pegang la hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih
Aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama..
Bangkit wahai hidup ini tak
Sempurna...

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi
Rama rama...

Tapi aku sakit bila ramai
Keji...
Sakit aku bukan dihati..
Jadi sakit aq pendam sendiri..
Rasa sakit ini tak akan berhenti...

Mergerti...
Ku terpaksa hadap walau
Penat lari..
Ku terpaksa jatuh bila
Penat diri..
Ku terpaksa hilang walau
Ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan

Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa

Percayalah
Ku berpegang tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan

==============================================

Familiar tak lagu tu? Siang malam diorang nyanyi memang bernanah jugak lah rasa telinga ni dengar berulang-ulang kali. Bukan sorang, 3 orang tau suka ulang nyanyi lagu ni. Hmmm...

Rasanya lepas ni dengar je lagu ni mesti ingatlah masa PKP menentang Covid-19 ni.

Korang pulak apa memori sepanjang PKP 2 minggu ni? Bertabahlah semua ye ada 2 minggu lagi kita kena #stayathome ni. Jaga diri semua tau! Stay clean, stay healthy, stay safe, stay at home.

Semoga Kakmim rajin untuk update lagi. Daaa~




Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form