Isnin Pertama 2020

Pagi alhamdulillah berjalan lancar.
Tapi masuk jer ofis agak busy.
Tengah hari ambik #TheIMANs dari sekolah... terus down.
Mood merudum, tak sempat makan tapi sempat tido dalam kereta.
Jem yang tak terkawal dalam kawasan sekolah.
Nasib baiklah yang di PASTI semua balik petang.
Mintak keluar ofis sampai 2.15 je tapi 2.10 masih di sekolah.
Ko rase?
Memang pening ah kepala.


Bila dah macam ni, masuk ofis lambat, memang hilang fokus nak setelkan kerja ofis.
Nasib baik minggu depan dah start KAFA.
Semoga dipermudahkan semuanya.
Allahumma amin.

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form