Kenali Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Apa itu UPKK?

UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA) adalah ujian untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 8 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat.

Ia di nilai dalam 4 bentuk penilaian iaitu :

Bentuk Lisan: Al-Quran
Bentuk Amali: Amali Solat
Bentuk Lisan & Pemerhatian: Penghayatan Cara Hidup Islam
Bentuk Penulisan: Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
                              Sirah
                              Adab (Akhlak Islamiyah)
                              Jawi dan Khat
                              Asas Lughatul Quran



Macam mana nak daftar?

Kebiasaannya, sekolah agama/sekolah KAFA yang akan daftarkan untuk murid. Jadi murid-murid perlu mengisi borang pendaftaran kemasukan UPKK yang ditetapkan. Setahu Keknil, sekolah integrasi takde peperiksaan UPKK, tapi kalau ada ibubapa yang nak daftar juga, boleh bertanya kepada pihak sekolah sendiri la. Perlu diingatkan, pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan akan ditolak.

Siapa yang layak daftar untuk UPKK?

a) Murid yang belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun
b) Mengikut Kurikulum KAFA
c) Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa )
d) Berdaftar untuk menduduki UPKK

Tarikh pelaksanaan UPKK adalah berdasarkan takwim penilaian (ditentukan oleh JAKIM)

Apa Kelebihan Peperiksaan UPKK?

Sijil UPKK ini diperakui di seluruh Malaysia bagi salah satu dokumen sokongan bagi permohonan pelajar untuk kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wajib ke ambik peperiksaan UPKK ni?

Tak wajib pun. Ada je sekolah yang takde peperiksaan UPKK. Tapi still ada belajar agama kan. So takde masalah. Peperiksaan ni sekadar untuk pengskoran sahaja. Apa yang penting adalah selain dari ilmu duniawi, anak-anak juga didedahkan dengan ilmu akhirat. Barulah seimbang. Jangan dikejar dunia sahaja, sebab ia sementara, akhirat pun kena belajar juga. 

Jadi, kalau takde UPKK, tak boleh masuk sekolah agama ke?

Untuk makluman korang, selain UPKK, ada juga peperiksaan PSRA (Darjah 6). Sijil UPKK ini sama pentingnya dengan sijil PSRA. Jadi bila ada 2 sijil ni, dapat menguatkan lagi permohonan masuk ke sekolah menengah agama, sekolah tahfiz, asrama penuh dan lain-lain. Jangan risau juga kalau keputusan UPKK tak memberangsangkan, sekiranya anak berminat nak sekolah agama, masih ada PSRA. Masa tu, boleh buat betul-betul. Mana tau masa tu keputusan PSRA lebih cemerlang dari UPKK.

Dan yang tak ambil UPKK mahupun PSRA, jangan risau juga. Selain sekolah menengah agama, sekolah tahfiz, asrama penuh dan lain-lain, ada banyak lagi sekolah lain untuk anak-anak korang seperti sekolah harian, sekolah sukan dan lain-lain. Jangan nilaikan anak berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja, tetapi kena nilaikan juga apa minat mereka dan kecenderungan mereka ke arah apa.

Oleh itu, bekalkan anak² kita juga dengan ilmu akhirat. Sebab itu pentingnya UPPK untuk anak-anak kita. Anak Kakmim yang sulung akan ambik UPKK tahun 2020 ni. Berdebar jugak ni, 1st exam besar untuk ibu & anak. Tak boleh lah nak ponteng sesuka hati tahun depan ni. Oopss..

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form