Ada exam? Takde exam?

Hai! Lamanya tak update. Busy sikit budak baru nak mendaftar. Syukur dah selesai pun hari pendaftaran dan minggu suai kenal minggu lepas. Minggu ni kelas dah mula dah.

Lama pulak rasanya tak mengajar subjek teknikal. Biarpun subjek basic computer je tapi tak semua budak biasa menggunakan komputer. Pernah dulu ada yang tak pernah menaip di keyboard pun ada, nak pegang mouse pun takut. Ini memang real tau. Yang pro ada jugak bila yang pro dan noob dalam satu kelas ni memang kesianlah dengan si pro. Kita nak bagi tugasan pun takkan nak bagi yang susah sebab skill mereka tak sama so kena bagi yang basic. Bila si pro buat yang basic memang kacang je lah bagi diorang. So cepat la diorang siap dan keboringanlah mereka menunggu rakan² si noob siapkan tugasan. Haa.. macam tu lah yang kami pengajar alami bila dalam kelas ada yang pro ada yang noob ada yang so-so. Cuba korangkan cikgu di sekolah pulak macam mana? Yang tak pandai membaca, yang dah laju membaca. Semua kena handle. Sebab tu sebenarnya saya sokong kelas diasingkan bukan nak mendowngradekan tapi supaya budak yang dah laju tu tak keboringan menunggu. Bila dah boring tu lah ada yang buat keja lain, kacau kawan, usik barang kawan, haaa...

Eh, bebel pulak. Kita ikut je lah kan? Walaupun saya sebenarnya tak setuju dengan PBD sekarang. Ala sistem yang takde exam sekarang. Sejujurnya bila survey dibuat dulu saya memang tak setuju dengan sistem takde exam di kalangan murid tahap 1. Tapi yang peliknya keputusan survey tu tak pernah pulak diumumkan tup tup terus budak tahap 1 takde exam. Susah nak menilai tahap kemampuan anak sekarang. Bila saya tengok anak saya yang darjah 1 sekarang bukan main rilek lagi, ye lah tak perlu exam bagai. Apa salahnya buat je lah exam mid term dengan final masa hujung tahun. Ok je kot nak marking. Lagipun kalau cikgu kalau tak marking macam tak best je hidup. Kalau PBD sekarang hari² cikgu nak marking untuk masukkan dalam report progress. CAmtu lah kot kalau tak camne nak tengok progres murid kan? Satu lagi.. budak tadika sekarang pun ada test tetiba masuk sekolah rendah takde test pulak. Hmm... buat diorang tertanya² kenapa takde test dah sekarang dah naik darjah 1.

Kalau pelaksanaan PBD tu dibuat untuk kelas yang kecil, contohnya murid paling maksimum 15 orang, mungkin ok lah kot macam di oversea sana. Ni sekarang di SK paling mining budak 30 orang sekelas, macam mana nak tengok progress budak sorang². Buat macam tak fikir panjang. Pastu cikgu nak buat report untuk at least 30 orang tu pulak? Kat oversea sana cikgu buat report by week untuk at least 12-15 student je, oklah kan tengok by week, kita ni?? 

Eh, kenapa saya membebel pulak ni. Ye lah bukan ke musim hari pemuafakatan sekarang. Haruslah diluahkan apa yang terbuku di dada. Sistem pendidikan sekarang ni yang takde exam ni memang perlu ditambahbaik lagi. Belum lagi tengok rubrik macam mana untuk setiap subjek. Ada ke takde? Hahaha. 

So korang camne pulak? Ada exam ke takde exam? Saya prefer exam. Saya tak push anak untuk dapat A tapi at least nampak dia faham ke tak faham untuk sesuatu subjek tu. 

Eh, close case lah. Saya payung gambar yang tak berkaitan dengan entri ok? 😄

Gambar minggu lepas semasa slot LDK bersama junior & senior #budakkaran

5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Nang bena. Susah nak nilai. Laki kmk pun madah gia. Bertambah lagik ada kerja bila xda exam tahap 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Bkn nk ngurang keja cikgu pn sbnrnya bah

      Delete
  2. Kmk lagik suka ada exam. Kita dapat nangga bah sejauh ni kefahaman anak kita bila menjawab soalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok.. Mun result z brp tauklh kita kekurangannya di sine.. Skill apa nk perlu dipolish lagik kah

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form