Pages

Rahsia Adik-Beradik Jadi BFF



Pagi ni breakfast bersama colleague yang sebaya adik-adik saya. Lelaki. Sambil makan kuah kacang cecah roti macam-macam topik yang kami sembang. Pagi ni memang saya bawak sebantal roti nak ajak sesapa yang tak puasa breakfast sama. Banyak topik yang kami sembangkan, cleaner ofis, parenting, family bonding dan adik-beradik. Dan tetiba dia ada 1 soalan. Soalan yang memang tak pernah orang tanya pun sebelum ni. 

Kak, apa rahsia nak rapat dengan adik-beradik?

Hurm... tetiba terfikir pulak saya, takde rahsia apa pun cuma amalan keluarga kami, kami suka makan. Nak makan mesti makan sama-sama. Selagi takde yang available selagi tu lah tak makan. Takdenya nak masak sendiri, makan sendiri. Atau sesapa yang dah siap masak tu jerit, lauk dah masak tu, sapa nak makan boleh ambik sendiri. it's a big NO!! Memang itu bukan amalan famili kami.

Dan bila difikirkan lagi. Rahsianya masa makan tu lah masa yang paling sesuai untuk #familybonding. Semakin banyak kita makan, semakin lama dan banyak topik yang kita nak sembang. Dan semakin kerap kita makan bersama, semakin rapatlah kita. Itu jer kot rahsianya. Takde pulak amalan lain.

Mak saya pun jenis yang suka masak pastu akan panggil semua anak yang tak duduk sama untuk makan sama di umah famili. Salunya memang umah mak bapak jadi port kami untuk makan-makan. Kadang-kadang lepak umah adik, umah saya pastu potluck bawak makanan. 

Kalau malas masak, kami akan makan di luar. Tapi selalunya bapak saya lebih suka anak-anaknya masak sendiri. Masa memasak pun boleh jugak merapatkan hubungan adik-beradik. Yelah sambil membawang dan 'membawang'. Memang riuh dapur. Nasib rumah mak memang dapurnya luas. Sesuai sangat 5 orang anak perempuan berkumpul di dapur serentak. Kekadang bapak pun join sekali membawang dan 'membawang' dengan anak-anak perempuannya. Kah kah!

Kami ada 6 orang adik beradik, 5 prempuan seorang je lelaki. Yang lelaki ni memang agak pendiam tapi kalau nak mintak tolong memang takde masalah. Selalunya memang dia akan jadi driver lah. Akak-akak memang sejenis yang malas driving. So kalo nak ke mana-mana kalu abang ipar dia takde, memang dialah yang diangkut sekali. Janji belanja dia makan je.

Lagi?? Lain-lain takde pulak rahsianya. Makan je lah rahsianya kot. Haha! Korang pulak camne? Apa rahsia untuk #familybonding korang??

Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

No comments: