Pages

Review The Loftplaza Hotel

Awal bulan 3 ari tu kan validasi di hq di Putrajaya, so time tu saya try hotel yang tak pernah kami check in. Kalo hotel wajib check in memang Tune Hotel di Depulze kalau ada keja di Putrajaya. Selalunya saya suka baca review di Agoda dulu sebelum booking. Pernah jugak booking hotel area Bangi tapi bila nak check in, hotel tu dah disita. Memang ke hulu ke hilir lah carik hotel nak check in. Hahaha. Kenangan betul. Dahlah ramai time tu, semua #theimans pun ada. Kesian diorang.

Hotel yang kami try bulan lepas ialah di The Loftplaza Hotel area Bandar Puteri Bangi. Time tu baru lepas PRK memang masih terasa bahang kempen PRK dengan poster-poster calon time tu. Ok lah kita layan gambar je lah.

Ini haa full address nya. Menurut kata cik adik hensem yang jaga kaunter check in tu hotel tu baru lagi. Dalam 9 bulan gitu kot, tak ingat plak. Hehehe. Ownernya plak Melayu.

Saya biasalah ringan mulut suka bertanya sampai ke owner pun ditanya sebab shower nya macam gambar kat atas tu. Bila dia cakap owner Melayu, hmm... no wonderlah kan?

Ni ruangan lobi. Ye lah hotel baru, masih cantik suci murni lagi tu.

Sebelah lobi, ada disediakan coffee corner ni. Memang dalam bilik takde heater tapi boleh ke lobi untuk beli hot coffee. Drinking water tu free jek.

Lif ada 1 ni jek. Dan kecik!! Hehehehe.

Siap ada warning lagi. Tak boleh buat macam rumah sendiri. Hehehe. Bagus ni biar berdisiplin sikit.

Koridor menuju ke bilik.

Ini haa bilik nya. Basic saja ye. Selimut nipis. Harap² yang tu akan ditambahbaik pasni.

Toiletnya. Ok lah kan? Setakat nak tidur semalam 2 pastu pagi² dah kuar pi keja petang baru balik.

Bawah hotel ada kedai nasi kandar. Banyak lagi kedai makan melayu area situ. Makan memang takde masalah kat sini.

Nak tengok live bola pun ada.

Last but not least, adik gebu ni lah yang rajin melayan pertanyaan saya sewaktu check out. Hihihihi.

Eh, satu lupa. Rate semalam RM70 untuk standard room. Ok lah kan? Dah lah hotel baru. Tapi nak stay sini kena ada transport lah. Susah jugak kalo asik mengharapkan grab. Tapi nak ke Aeon Nilai dekat jer ni. Hihihi. Dan 1 lagi, hotel ni takde family room. Susah lah kalau nak bawak famili ramai². Tapi setakat pegi keja balik keja tumpang tido semalam, recommended sangat.
















Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

2 comments:

mrhanafi said...

harga juga sangat berbaloi...

yang penting selesa dan selamat..

Kakmim said...

Ya..betol²