Pages

Restoran 3 Dara dan MAPS

Sambungan cuti² kami hari tu... hehehe

30 Mac 2019 - Lepas check out dari i-City kami bergerak ke Ipoh pulak. Lepas lunch di Shah Alam, kami teruskan perjalanan ke Ipoh. Hujan time tu so En Husband drive tak laju. Nak ke Ipoh agak jem jugak so berenti di RnR Tapah agak lama jugak.

Kat Ipoh kami stay di homestay. Cari di FB, tengok page agak ok, so terus pm owner. ALhamdulillah dapat owner dan rumah yang ok dan selesa. Plannya sampai di Ipoh terus nak masuk MAPS tapi dah exhausted sangat so kami terus je check in. Memang tak ke mana pun di Ipoh. Malamnya keluar makan di Restoran 3 Anak Dara. Itu pun google jugak. Hahaha. Nasib baiklah ada Mr Google ni kan?

Homestay kami terletak di Chepor Indah. Macam jauh jugak kot tapi tak jauh dengan MAPS. Owner sangat membantu. Saya tanya dia ok jer layan. Bolehlah usha DD Homestay di FB kalau ada yang berminat.

Simpang masuk ke perumahan homestay kami.

Recommended kedai makan ni, walaupun servis agak lambat tapi puas hati tunggu. Sedap!

Otak-otak ni pun sedap!! Habis semua sebakul kami kerjakan. Hahaha.

Ni request budak-budak tu haaa.. haha

Bukti..licin semua.. siap order lagi nasik tambah.. hahaha! Beli pakej ada set. Ada ikan, udang, sayur, tapi murahlah... no wonder orang kata makan kat Sarawak mahal sebab kat Ipoh ni makan murah.. huhuhu. Terbaiklah!!

Makan sehingga butir nasi terakhir ke? Hihihi

Sebab tunggu order lambat sampai, makanya menyempatlah to kill the time kata Pakcik Mat Salleh. Hahaha.


Keesokkan harinya kami bekfes di umah je. Lepas bekfes gerak pulak ke MAPS. Ingatkan jauh rupanya memang dekat. Memang owner tu tak tipu. Hehehehe. Sempat tau bergambar di depan homestay sebelum bergerak ke MAPS.

Pastu owner upload gambar kami ni ke page DD Homestay pulak. Hahaha


Tadaaa... kami sampai dalam 10 pagi macam tu, orang masih tak berapa ramai.


Family photo sebelum semuanya mandi peluh.

Another family photo. Kali ni Encik Husband yang snap so dia takde dalam gambar. 


Famili photo jugak tapi wefie-style. Hehehehe.


Kat sini pun ada bangunan terbalik rupanya.

Yang lelaki tengok 4D movie Boboiboy dengan Ayah, kakak pegi rumah hantu Riana. So bongsu plak tak lepas masuk 4D theater so Ibu layankan dia di Didi & Friends park. Layankan ajer ye.

Oleh sebab Deklan menjenguk Didi sorang², takde geng so dia macam blur je. Ibu pulak yang macam excited. Hihihi.











Sekian MAPS, k bai!! Hahaha. Kalau rajin saya update lagi. PD pulak ye. Hihihihi



Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

No comments: