Pages

Rambut Bidadari Goreng

Pagi ni masa #theimans breakfast, saya explain lah dekat diorang, benda yang diorang makan tu bukan spagetti tapi angel hair. Spagetti kan besar dan tebal, angel hair ni nipis je. Terus si kakak berbunyi, oh, rupanya kita makan rambut bidadari goreng. Hahaha.. ye lah nak. Rambut bidadari pun rambut bidadari lah.

Bekalan Ibu dan anak² yang sempat disnap pagi tadi. Bekalan untuk #theimans yang di sekolah rendah takde dalam gambar sebab dah siap packing dalam beg masing².

Alkisahnya, minced beef dah takde stok, ayam jer ada. Cincang² ayam manual style untuk masak angel hair goreng ni. Buat macam pasta goreng tapi guna si angel hair. Untuk kakak, kalau bekal makanan yang berkategori pasta ni kena bawak lebih, sebab kawan-kawannya suka. Kesian pulak kalau berebut² makan nanti. Si abang pun Ibu bawakkan lebih hari ni, sebab ari tu bekal pasta goreng dia cakap ramai kawan dia mintak. So nanti jamuan hari guru senang je lah Ibu buatkan pasta goreng je untuk semua.

Si abang ni suka bercerita, ada kawan dia di sekolah tak bawak air. Satu hari tu duit pulak lupa bawak. Air tak ada, nak beli makanan kat kantin duit takde, alahai kesiannya. Ibu tanya, abang bagi tak makanan kat dia, abang cakap kawan dia taknak. Sedih pulak Ibu dengar.

Budak darjah 1, kecik lagi, ye pun nak ajar budak berdikari suruh beli makanan di kantin tapi at least air tu bawaklah dari rumah. Kesianlah budak² yang tak bawak bekal ni. Alahai mak-mak. Air masak jer pun.

#theimans ni memang tak pernah tak bawak bekal. Memang kena bawak hari-hari. Tak sanggup nak fikir diorang tak makan waktu rehat, perut pulak lapar, macam manalah nak belajar nanti. Diorang ni nak ke sekolah pun kena isi perut dulu kenyang². Memang risau kalau diorang tak makan. Alhamdulillah, memang #theimans dah terbiasa breakfast berat. Paling diorang suka, nasik goreng lah. Weekend kalau tak sediakan breakfast asyik kena soal je Ibu masak apa, Ibu masak apa. So memang takde hari yang tak masak. Hahaha. Kalau malas sangat beli je nasik lemak untuk breakfast, setel.

So, mak-mak kat luar sana, bekalkanlah air masak untuk anak-anak ke sekolah ye. Kesian tau, budak-budak ni dah la kuat bermain kang dahaga kesian diorang. Kalau boleh, elakkan bekal air manis, sebab nanti bawak air manis budak-budak cepat nak terkencing. Ada sesetengah budak tak suka pergi toilet di sekolah. Lagipun budak umur ni tak elok banyak minum air manis.

Seronok tau bila anak balik sekolah bagitau, Ibu.. bekal abang habis ari ni, ada kawan mintak jugak, abang makan share² dengan kawan. 

Bak kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Biar sedikit tapi berkat. Budayakan amalan berkongsi ketika anak² masih kecil.

Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

2 comments:

Shuhaida said...

sedapnya

Kakmim said...

Budak² suka la western mcm ni..hehehe