Pages

Kem Anak Soleh Anak Hebat

Jumaat lepas, cuti umum kat Sarawak ni. Cuti Good Friday untuk penganut agama Kristian. Hari ni pun banyak jugak sekolah yang cuti peristiwa sebab Easther Monday. So last week memang panjanglah weekend. Tapi hari ni takdelah semua sekolah yang ambik cuti peristiwa, mana yang berkenaan je. #theimans semua sekolah hari ni sebab abang dan kakak sekolah agama.

Oh, ya minggu lepas dalam entri ni saya ada bagitau si kakak request nak pegi 1 kem motivasi yang dibuat ari Jumaat lepas. Last minute saya cari no kontek penganjur. Mujur dalam grup sekolah ada parents lain yang forwardkan. Daripada daftar seorang, si abang dan sespupu diorang pun terus join sekali Kem Anak Soleh Anak Hebat (ASAH) ni.

So walaupun cuti takde maknanya nak bangun lambat atau nak bermalas-malasan. Bangun awal jugak macam sekolah ari tu sebab kem start jam 8. Lagipun ari Jumaat ari tu Ibu pun ada persiapan tempat untuk program PIBG di sekolah. Memang macam hari bekerja jugak lah hari cuti tu. Yang tinggal di umah nenek, si #anakno3 dan #anakno4 je. Hehehe.

Kem ASAH tu mula jam 8 pagi hingga 5 petang. Sebelah petangnya parents dijemput berjemaah di masjid dan menghadiri upacara penangguhan kem ASAH. Petangnya bawak 2 orang budak sekali ambik kakak dan abang.

Program ni buat di bilik seminar Masjid Al-Abyad, Matang Jaya. Besar sangat masjidnya. First time jugak pergi sebab ni bukan area taman kami. Ada 2 bangunan. 1 memang ruang solat, 1 lagi memang khas untuk bilik-bilik seminar dan pejabat am.


Imran marah sebab Ibu bawak pegi masjid pakai seluar pendek. Nampak aurat katanya. Hahaha. Malas pulak Ibu nak tukar seluar bagai, nak. Nanti Ibu jugak yang membasuhnya.

Kat area parking masjid. Tempat parking pun luas giler. Masa sampai sebelah petang tu ada pengantin nak akad nikah jugak di bilik seminar sebelah. No wonder projek masjid tu dulu lambat siap sampai mintak sumbangan dana bagai rupanya luas dan besar masjidnya. Alhamdulillah, memang sesuai untuk komuniti nak buat program atau sewa untuk akad nikah.

Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

2 comments:

Shuhaida said...

budak2 bila mcm ni diorg pun seronok timba ilmu

Kakmim said...

Tu lah..layankan aje.. Balik pun macam² ilmu mengenai puasa diorg cerit balik kt kita