Pages

Irfan & Silat Cakar Harimau

Sedar tak sedar ni dah bulan ke-4 dah Irfan, #anakno2 belajar silat. Dia belajar perguruan silat cakar harimau yang buat latihan di Majma Mall. Tapi Ibu tak jumpa lagi baju silatnya. Susah betul nak cari baju silat yang saiz kecil. Ada pulak jumpa yang kainnya keras dan kaku. Tak sedap pulak pakai kalau jenis yang keras. Lagipun Tok Guru dah bagitau brand mana yang selesa pakai. Walaupun belum ada baju silat, tapi si abang ni yakin belajar. Mulanya dulu macam takmo nak belajar tapi sekarang dia dah boleh ajar adik-adiknya pulak di rumah. Semoga istiqamah, anakku.

Gambar yang disend oleh Tok Guru. Yang tak pakai baju silat tu Irfan lah. Hehehe.

Setiap kali habis training diorang akan bergambar dan upload gambar kat page diorang. Walaupun Tok Guru tu otai, tapi rajin pulak dia balas whatsapp tau. Tok Guru 3 dari kiri di barisan belakang. 


Kakmim

Blogger since 2008. On off blogger since 2013. Blogging is my passion. Now and forever.

No comments: