Cuti-cuti #imanfamilia


28 Mac 2019 - Kami sekeluarga terbang ke Melaya sana. Lambat pulak bercuti, hari Khamis baru nak start berjimba. Apa boleh buat Ayah tak dapat cuti awal, Ibu pun nak setelkan kerja sebelum nak bercuti.

Tahun ni tahun ke-3 kami menggunakan waran perjalanan untuk keluarga. Apa tu? Hehehe. Tiket flight kami ditanggung kerajaan.. kerana si Ayah berkhidmat di Semenanjung so kami keluarga boleh mengunjungi si Ayah dengan ditanggung kerajaan. Alhamdulillah, terima kasih kerajaan Malaysia. Kalau nak beli sendiri naik MAS ni memang makan RM6K kot. Hahaha.

Si bongsu Idlan Muhaimin pun dah kali ke-4 lah naik flight. Dialah yang paling win sebelum umur setahun lagi dah naik flight. Ye lah sejak Ayah bertugas di Putrajaya, dia belum setahun lagi dan sejak tu lah kami setiap tahun akan fly ke Melaya.

Dan tahun ni dia awal dah sound, dia nak duduk tepi tingkap. Nasib baik si #anakno3 boleh bekerjasama bagi chance dekat si adik. Sebelum ni memang dia jer yang duduk tepi tingkap. Layan jer si bongsu ni.

Muka puas hati dapat duduk tepi tingkap


Layan jer bosku makan nasik lemak sambil tengok movie


Akhirnya 2-2 tewas.. tertido. Mana taknya pukul 4 pagi dah bangun. Flight pukul 7 pagi.


Sampai jer KLIA terus takde line telefon. Dekat nak 1 jam jugak ler antu kuning takde coverage. Yang peliknya hepon si kakak ada pulak line. Sama jugak Digi. Huhuhu.


Lepas tu kami terus ke Putrajaya jer sebab Ayah masih kerja lagi. Sementara tunggu Ayah setelkan kerja, kami lepak di Alamanda jer.

Kebetulan ada Ultraman ni di Allamanda. Syoklah diorang. 

Sempat jugak mewarna.

Ultraman spender warna pink.. hasil imaginasi si bongsu Idlan. Hihi

Bawangman Ibu ni. 

Dan akhirya.. tertido lagi. Ayah masih jugak tak sampai². Hehehe.

Kalau rajin, adalah entri lagi pasni. Kalau tak, paham² je lah. Hehehehe. Niat hati memang semua nak share cerita kat sini tapi apakan daya, semangat nak menaip dan mengarang tu memang agak mendukacitakan. Hihihi. Jangan marah tau. Senyum 😊😊😊






Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form