Mac yang sibuk!

Yeeehaa!! Lamanya tak update kat sini kan? Sangat b to the z!! Semuanya kerana validasi.. Hehehe

Sejak dapat tau tarikh validasi memang fokus dengan dokumen jer. Hampir setiap saat akan digunakan dengan sepenuhnya dengan keja yang bermanfaat masa di opis. Di rumah tak buat apa pun. Rumah setel keja suri rumah tangga jer. Hehehe. Walaupun rasanya tempoh 3 minggu penyediaan dokumen tu jarang sangat masak. Kalau tak makan umah mak baru balik umah sendiri atau tapau jer pastu masak nasi jer kat umah. Nasib la anak² pun faham dan nasib jugak ada seminggu tu Ayah diorang cuti agak lama so dapatlah Ibu fokus dengan fail² kecemerlangan Ibu.

Penat tak baca? Penat lagi orang yang mengalami realitinya. Penat otak penat badan.


Ini haa...folio kecemerlangan yang perlu dibawak semasa validasi. 5 item dah upload dulu dah. Selebihnya divalidate masa hari validasi atau temuduga tu. Validasi tu pulak buatnya di HQ di Putrajaya. Bayangkan nak bawak 10 fail ni naik Air Asia. Hahahaha. Kalo silap percaturan maunya rugi besar tu 😂😂😂


Proses penyediaan dokumen. Memang kacau-bilau sikit meja. Sampai akak cleaner nak lap meja pun saya jeling semacam. Kalau basah kertas² tu macam mana? Punyalah risau tau dak? 😂😂


Belum lagi proses² penyediaan divider fail 😂😂 Time ni jugaklah sindrom OCD ko datang kan? Ye lah mestilah kita nak present yang terbaik. Usaha tu... Ke arah nak naik pangkat. Kalau tak dapat tapi dah usaha takdelah rasa menyesal sangat. Hehehe.

Banyak lagi rasa nak share sebenarnya tapi macam malas dah pulak dah. Nanti sambung lagi. K bai 😂😂

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form