Isnin, Disember 18

Monolog 1

Mungkin kakmim tak pernah cerita yang kakmim dah berpindah ke tempat baru. Yes, Encik Suami berpindah, kakmim pun mohon pindah. Nak follow Encik Suami banyak perkara yang nak difikirkan.

Insya Allah.. nanti kami sekeluarga akan bersatu kembali.

Tempat baru sebenarnya lagi kecik daripada tempat lama. Kalau diikutkan keluarga kecik maka pengurusan mungkin agak mudah sebab staf tak ramai. Tapi, sebenarnya... kakmim pun pelik.

Entahlah.. sebenarnya memang tak berapa nak seronok bila kerja takde teamwork. Sebab dulu di tempat lama kakmim terbiasa bekerja bersama geng² yang 1 kepala. Bila² boleh brainstorm pasal kerja. Memang macam banyak kekangan di tempat baru. Nak buat keputusan pun kena fikir banyak hati yang nak kena jaga. Memang susah. Nak buat macam ni, takut si dia ni macam ni. Nak buat macam tu, nanti si anu ni macam tu pulak. Susah.... ibarat diluah mati mak ditelan mati bapak. Tak profesional bila keja kena jaga hati orang padahal perkara yang kita nak decide tu perkara rasmi. Faham ke faham? 

Hanya kakmim jer yang faham. 

Bila ko selalu rasa ko teraniaya.. tapi pernah kah ko fikir kenapa orang 'menganiaya' ko? Betul ke orang 'menganiaya' ko? Ko cakap orang suka cari salah ko.. tapi pernahkah ko fikir benda yang ko buat tu betul ke? Pernah ke? 

Tak boleh ke nak berbaik sangka? Susah?




Catat Ulasan