Mencari 'SYIMAHZ'

Ah.. sudah! Dok mencari pulak. Bila dah selalu lepak kat sini dok mencari pulak geng² blogger lama. Ada yang dah tak ingat pun link diorang. Apa kabar lah agaknya ye diorang. Entah ingat ke idok diorang kat kakmim ni. Nama pun dah tukau² dah ni. Hahaha.

Rasanyalah dulu kakmim memang guna nama IBU IMAN jer. Rasanyalah. Tak pasti pulak kalau ada guna nama lain. Hahaha. Tapi zaman muda remaja dulu memang guna NAGACUTE. Zaman jadi naga tu memang zaman kegemilangan lah. Siap ada blog untuk orang download lagu plak tu. Gigih benar zaman tu. Memang memblog jer kejanya. Download lagu Indon plak tu. Memang time tu lagu Indon tengah ngetop. Hmm... kenangan².

Yang pasti member blog dulu² ramai yang dah jadi member FB. Ada yang selalu jumpa, ada jugak yang masih kenal di alam maya je, tak pernah jumpa live lagi.

Tapi kan.... ada sorang blogger ni. Blogger zaman kakmim tak kawen lagi, zaman jadi naga lagi, namanya SYIMAHZ. Memang teringin sangat nak contact dia balik. Dah try email tapi failed. Blog pun dah tak ingat dah. Tak ingat plak sejak bila lost contact. Tapi dulu kitorang selalu share masalah kat blog, selalu komen² tapi memang tak pernah plak sampai bertukar² no hp.

Kalaulah SYIMAHZ ada terbaca blog ni. Pm kakmim ye. SYIMAHZ atau dulu suka panggil nama manja SYIM. Rasanya tua 2-3 tahun daripada kakmim.

SYIM... rindunya kat syim!! 


You Might Also Like

0 comments