Khamis, November 30

Mencari 'SYIMAHZ'

Ah.. sudah! Dok mencari pulak. Bila dah selalu lepak kat sini dok mencari pulak geng² blogger lama. Ada yang dah tak ingat pun link diorang. Apa kabar lah agaknya ye diorang. Entah ingat ke idok diorang kat kakmim ni. Nama pun dah tukau² dah ni. Hahaha.

Rasanyalah dulu kakmim memang guna nama IBU IMAN jer. Rasanyalah. Tak pasti pulak kalau ada guna nama lain. Hahaha. Tapi zaman muda remaja dulu memang guna NAGACUTE. Zaman jadi naga tu memang zaman kegemilangan lah. Siap ada blog untuk orang download lagu plak tu. Gigih benar zaman tu. Memang memblog jer kejanya. Download lagu Indon plak tu. Memang time tu lagu Indon tengah ngetop. Hmm... kenangan².

Yang pasti member blog dulu² ramai yang dah jadi member FB. Ada yang selalu jumpa, ada jugak yang masih kenal di alam maya je, tak pernah jumpa live lagi.

Tapi kan.... ada sorang blogger ni. Blogger zaman kakmim tak kawen lagi, zaman jadi naga lagi, namanya SYIMAHZ. Memang teringin sangat nak contact dia balik. Dah try email tapi failed. Blog pun dah tak ingat dah. Tak ingat plak sejak bila lost contact. Tapi dulu kitorang selalu share masalah kat blog, selalu komen² tapi memang tak pernah plak sampai bertukar² no hp.

Kalaulah SYIMAHZ ada terbaca blog ni. Pm kakmim ye. SYIMAHZ atau dulu suka panggil nama manja SYIM. Rasanya tua 2-3 tahun daripada kakmim.

SYIM... rindunya kat syim!! 


Ada apa dengan Disember??

Ehem.. November dah hampir melabuhkan tirainya.
Jeng... jeng... jeng..


Saya dan Dia

Ada apa dengan Disember??



Rabu, November 29

INGGA

Hampir 10 tahun dah saya kerja.. tipulah tak pernah down. Demotivated. Bosan. Semua saya pernah rasa, yang negatif². Saya pun bukanlah orang yang beraura positif selalu tapi saya suka mendidik akal dan jiwa saya agar positif. 

Dan kerana ada orang² yang negatif harus dijagai hatinya dan kita yang positif diignore perasaannya, kau rasa? Tak tau nak rasa apa. Marah. Geram. Benci, Down. Boring. Give up. Entah macam² bercampur-baur. Rojak dah jadinya.

Dan yang negatif terasa dirinya bagus. Perfect. Hebat. Baik. Cantik. Kot? Lagi pulak kau rasa annoying. 

Hmmm.....

Orang Serawak madah INGGAAAAAAA!!! Tauk sik????

Tau tak apa tu INGGA? Pernah dengar lagu Amir Jahari? Cuba googgle or youtube sana.

Chowww!!






**Gambar hanya hiasan semata².


Khamis, November 23

Entri pertama 2017!!!


Kebetulan pulak ye. Last update adalah pada 23 November 2016. Setahun yang lepas!! Hahahaha. Memang bersawang giler lah. Mintak mahap blog.

Tetiba hari ni terasa nak memblog. Alkisahnya petang yang indah lagi boring ini.. hihihi... saya pun jenjalan di alam blog aka blogwalking lah tu... saja nak cari ilham untuk masak malam ni. Tu yang tetiba terasa nak baca blog sendiri.

Dan... hasilnya. Terhasillah entri pertama untuk tahun 2017 ni... tapi dah nak hujung tahun pun. Nak abis pun tahun 2017. Sabor je lah ek blog. Takpe lah.. maafkan tuan tanah ye blog.. meh kakmim payung gambar-gambar anak-anak kakmim masa graduation concert hari tu. Senyum k.. senyum... jangan merajuk tau, cik blog. Kikiki..


Anak² kakmim ada 4 orang.. 3 laki² 1 perempuan... see see dah besar kan anak sulung kakmim... kerana dialah blog ni dulu banyak sangat ceritanya.


Hmm... cukup kot kakmim payung 1 gambar jek. Kalau rajin tahun depan kot update lagi. Hahahahaha...