Jumaat, April 22

7 hari lagi

7 hari lagi si Dia saya kembali ke pangkuan keluarga. Now mode menghitung hari. 2 minggu jadi 'ibu tinggal' memang azab jugak ler. Dulunya masa si Dia ada banyak kerja boleh bahagi-bahagi tapi bila dah sorang, haa... ko jawab ler sendiri. Dengan 4 orang anak. Hmmm...

Mula-mula dulu memang sedih jugak ler. Masa tu memang banyak idea nak ditaip tapi masanya takde nak bukak Blogger ni. Ingat nak update dalam page pun macam malas jer. So baru gagah nak bukak Blogger hari ni.

Oh, ya. Ke mana si Dia saya pergi? Beliau telah dapat promotion dan diarahkan bertugas di luar dari negeri kelahiran tanah air kami ini. Sob sob. Nak buat camne kan? Demi seperiuk nasi. Redha dan rela tapi... banyaklah tapinya sebenarnya. Pro ada kontra pun ada. Dan Dia dah mula bertugas pun kat sana baik takyah cakap tapi tapi lagi.

Oklah kita tunggu bila lagi nak update kat sini. Daa~



Catat Ulasan