Isnin, Jun 8

Pengambilan Collagen akan menegangkan kulit? Fakta atau auta

Terlebih dahulu kita perlu mengetahui, apa itu kolagen? Kolagen adalah salah satu komponen dalam badan yang berfungsi untuk menegangkan kulit.

Merujuk kepada gambar, kolegan yang lemah akan menyebabkan kulit berkedut dan ianya adalah proses natural sewaktu meningkat usia. 


Perempuan menghasilkan kolagen kurang daripada lelaki dan kadar kehilangan kolagen adalah kadar 1% setahun. Dijangka pada umur 50, perempuan akan kehilangan 50% daripada kolagen yang ada. 

Jadi adakah dengan memakan kolagen, kulit akan kembali menegang?

Tidak, kolagen hanyalah protien di kulit. Ianya tiada beza sekiranya anda memakan kulit ayam, daging, keju, telur atau, kacang. Hasilnya, ia akan dicernakan di perut dan hancur. Anda hanya akan menikmati zat seperti protein dan beberapa vitamin (bergantung kepada sumber vitamin). 

Setakat ini, tiada bukti saintifik yang mengatakan sekiranya memakan kolagen, ianya akan menegangkan kulit. 

Jadi bagaimana untuk mengekalkan kesihatan kolagen? 

Banyakkan memakan makanan yang mengandungi vitamin C, Omega-3, membasuh muka dengan pencuci yang mengandungi alpha hydroxy acids, dan bahan tambah makanan yang mengandungi Hyaluronic acid. 

Kesimpulan

Oleh itu, sebab itulah syarikat gergasi dunia kosmetic seperti Maybelline, Sheseido, SK II, L'Oreal, Olay tidak menjual produk collagen utk dimakan. Mereka lebih fokus pada produk untuk kegunaan luaran. Di Malaysia je kita jumpa produk kecantikan kulit yang kena makan. Lepas makan kulit taklah secantik mana, tapi buah pinggang dengan hati rosak adalah.



Catat Ulasan