Rabu, April 22

Resepi Congo Bar dan Brownies

Hujung minggu selalunya saya makan sedap-sedap. Cheat day katanyer. Hahaha. Badan pun rasanya dah melebar jer sekarang. Takpe, janji sihat dan bahagia. Akak layan jer anak tekak. Ahahaha. Last week hari Sabtu order combo congo bar dan brownies dari sorang member baker saya. Dulu permah buat brownies. Dulu lah. Sekarang malas lah. Order jer senang, terus masuk mulut, ngapp! Ahahaha. Tapi kita layan resepi dulu lah. Nampak senang kan? Nanti rajin saya buatlah. Hehehe.

Apakah Congo Bar? 

Congo Bar ni adalah brownies + cookie dough + choc chip cookies. Kesimpulannya... Congo Bar ini seperti brownies. Selalunya brownies guna coklat sebagai bahan perisa utama, manakala Congo bar gula perang dan mentega. Rasanya seperti caramel. Manis, chewy, lemak, wangi. Tekstur seperti kukies coklat cip lembut. Bahan penambah kesedapan congo bar ini ikut sukahati. kacang walnut, kacang pecan, kelapa, Coklat M & M. Tapi bahan wajibnya coklat chip.

Selain dikenali sebgai congo bar ia juga dipanggil sebagai Blondies. Entahlah ia ke tidak. Nanti kita cuba.

Kenapa panggil ‘bar’? Sebab ia dipotong seperti bar, empat segi panjang tu.

Sedap ke? Kesedapan Congo bar ini bergantung bahan yang digunakan. Oleh kerana bahan utamanya gula perang dan mentega, carilah yang terbaik. Harum satu rumah. Guna mentega tulin bukan marjerin atau mentega campuran nanti kesedapannya kurang.

Mari layan resepinya..

Congo Bar  – 10 x 10 inci
  • 335g  Tepung gandum
  • 2.5 sudu kecil Serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150g Mentega
  • 400g Gula perang
  • 3biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil vanila
  • 330g cip coklat
  • 130g kacang pecan

Cara-cara;
  • Panaskan oven 180 darjah selsius. Alas loyang 10 x 10 inci.
  • Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Letak tepi.
  • Putar mentega dan gula hingga sebati.
  • Masuk telur satu persatu dan vanila. putar sebati.
  • Campurkan tepung. Putar hingga sekata.
  • Gaulkan kacang pekan dan cip coklat.
  • Masuk dalam loyang, ratakan dan bakar. 30 minit.
  • Keluarkan dari loyang, biarkan 5 minit dan potong.

Resepi dari OnePieceBakery.Com

BROWNIES adalah sejenis kek yang dipotong empat segi, yang berasal dari Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu. Dan kini brownies mempunyai peminat di merata- rata dunia. Kalau anda ingin tahu, Brownies mempunyai permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya. Teksture kek adalah lebih lembut. Tetapi Teksture brownies adalah lebih padat, lembap dan apabila dikunyah seperti mengunyah gula- gula lembut. Ini adalah kerana Brownies lebih kaya dengan kandungan coklat dan gula, berbanding kek. Kemeriahan coklatnya meletakkan Brownies no1 dihari peminatnya. Walaubagaimanapun, brownies yang sedap menggunakan coklat yang bermutu tinggi. Walaupun harganya agak mahal - See more at: http://comelnyercupcake.blogspot.com/2012/06/apa-perbezaan-brownies-dan-kek.html#sthash.MzPQ4LHL.dpuf

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Apakah Brownies?

Brownies sebenarnya di antara kek dan biskut. Bahan lebih kepada kek tapi rupa dan rasa lebih kepada biskut. Cuma tekstur memang tak sama dengan kek dan biskut, menyebabkan namanya brownies. Hehehehe. Tekstur kek lebih lembut dan spongy manakala brownies lebih padat, moist dan fudgy. Brownies bertambah yummy, indah dan best apabila wujudnya kekacang, choc chips, atau dihias dgn frosting choc yang melting rupa dan rasanya. Hehehe.

Brownies biasanya dipotong 4 segi dan berasal dari AS dan sangat popular di negara itu. Perasan kan brownies di Secret Recepi?. Dulu masa saya ke Bandung, saya pun beli brownies yang dikatakan popular di sana untuk dijadikan ole-ole. Masa tu brownies belom glamer lagi di kalarangan rakya Malaysia ni. Hehehe.

Kesimpulannya, brownies mempunyai lapisan yang nipis dan padat dan agak rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya.  Ini kerana kandungan brownies lebih kaya dengan kandungan coklat dan gula berbanding kek.

Resepi yang mudah? Sangat mudah. Bahan pun simple jer.

  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 cawan kekacang (optional mana-mana jenis kacang yang telah dipanggang)

Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius. Taburkan sedikit tepung dalam loyang empat segi berukuran 18cm 
  • Masukkan mentega cair, koko, gula, vanilla, garam, tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30 minit.

Resepi dari Kakinakl.Com

Gambar? Haa... gambar combo yang saya order last week ada lah. Gambar yang saya sendiri buat? Ada! Saya pernah buat di tahun 2012 tau! Brownies jer la. Congo bar baru tahun lepas glamer so memang tak pernah buat.

Ini saya order
Eh. Tak percaya? Klik jer link nih untuk Brownies Sulung saya. Hehehe. Pun ada resepi kat situ. Layannn..

Catat Ulasan