Selasa, April 14

My Triple IMAN

  • Iman Madihah
  • Irfan Mustaqim
  • Imran Mudzaffar
Kesayangan dan cinta hati Ayah dan Ibu. Macam-macam ragam anak yang 3 orang ni. Setiap daripada mereka berlainan perangai dari kecik lagi. Ada jugak yang lebih kurang sama tapi kebanyakannya memang tak sama lah. Baru 3 orang kan? Bayangkan mereka yang mempunyai anak 6-7 orang. Mau tak pening dibuat melayan kerenah anak-anak. Yang 3 orang pun dah macam apa kalau pergi outing. Tapi tetap jugak Ayah dan Ibu bertabah membawa mereka outing. Kalau tak, jarang tengok dunia luar lagilah haru. At least dah biasa okay ler jugak, walaupun fenattttt.

Sekarang bila dah agak berusia kot, atau anak dah ramai, atau malas? Jarang sangat dah nak ambik gambar kalau outing. Dulunya masa zaman si Kakak, outing jer ambik gambar, untuk letak kat blog, kononnya. Sekarang, nak up di FB pun maleh. Hehehe. Mungkin faktor umur lah kan? Hahahaha. Ye lah zaman kegemilangan dulu-dulu dah berakhir. Sekarang zaman reda sikit dan senyap. Hahaha.

Baiklah, sementara ada gambo diorang adik-beradik, haruslah dishow off di sini. Sebelum external tu tamat tarikh luputnya, at least ada jugak kenang-kenangan di awan-awangan di sini. Layannn...















Hehehe. Hambik kau. Bukan selalu pon nak menghapload gambo budak-budak ni. Dan mereka inilah penawar hati kami suami isteri, The IMANs.



Catat Ulasan