Selasa, April 21

#FreeMarketKuching - 1st time jadi contributor

Hai! Semangat nak mengupdate blog dari semalam lagi. Tapi semalam memang hari yang malang. Line internet problem pulak. Rasanya kat bilik saya jer kot. Sebab orang lain tak bising pun. Bila dah takleh online saya pun buat-buat menidurkan diri selepas handle meeting. Nak buat kerojer memang takde mood semalam. Hahahaha.

Baiklah, nak cerita pasal #FreeMarketKuching atau pasar amal. saya first time join free market ni. Mungkin kat Semenanjung memang selalu orang buat kot. Tapi saya memang baru pernah dengar dan terus register nama untuk jadi contributor. Awal lagi dah register dah... rasanya bulan 3 dulu kot. Tapi preparationnya macam biasalah. Kalau tak last minute tak sah. Hahaha. Free market buat hari Ahad, hari Sabtu baru sibuk nak packing baju. Hihihihi. Takpe, assistant ada. Baju-baju dan tudung memang dah ada dah cuma organizer nak dipacking cantik-cantik dan diletakkan saiz siap-siap. So SYMP... akak kan skema. Ahahaha.

Mula-mula..dah siap masuk dalam plastik.. dah lekat sticker saiz. Susun ikut saiz dan jenis baju..konon.
Bila dah makin banyak.. dah tak larat nak susun ikut saiz dah.
Alhamdulillah... dekat nak kol 1 pagi jugak siap membuat sizing baju-baju kurung ni. Hampir 100 pasang semuanya.
Tudung-tudung pulak lupa nak ambik gambar. Tudung kitorang main longgok jer. Tak larat nak packing. Tudung masih dalam plastik yang tak pernah pakai pun ada. Alhamdulillah... tudung-tudung pun 'sold out'. Event sepatutnya habis pukul 11 pagi tapi kami pukul 10 setengah dah habis. Memang betul lah kata penganjur, menurut pengalaman beliau barang-barnag yang dipacking kemas dan cantik akan lebih cepat habis daripada barang yang dilonggok-longgok. Kami pun taknaklah nak sedekat barang kat orang main longgok-longgok. Biarlah dengan cara yang elok. Baju pun walaupun preloved tapi masih dalam kondisi yang baik dan cantik. Boleh untuk dipakai masa raya lagi. Daripada memenuhkan almari, baik sedekah jer kan?

Orang-orang yang datang free market tu kita boleh tengok jugak sebenarnya. Memang ada yang benar-benar memerlukan, tapi tak kurang juga ada jugak yang macam mampu jer. Tapi tak kisahlah, janji nawaitu nak bersedekah. Tak kiralah pada siapa. Yang macam tak bestnya, bagi yang datang lambat tu, bila barang-barang kami dah habis. Sedih jer nak bagitau barang kami dah habis. Tapi nak buat macam mana. Mungkin bukan rezeki diorang kot.

Macam ni lah situasi masa free market. Event ni dibuat di foyer masjid di Taman Sukma.
Memang sangatttttttt.... ramai orang. Ada lah 2-3 orang yang pengsan.
Ni di luar foyer. Orang tunggu giliran masuk ke dalam perkarangan foyer.
Servis gunting rambut free pun ada.
Poster promosi. Macam-macam ada. Bubur asyura pun sangat sedap!!!

Saya dan adik saya. Walaupun duduk jer tapi penat jugak, tak sempat nak merayau tengok barang-barang orang lain.
Ni masa barang-barang kami dah habis. Kami tolong orang sebelah pulak. Tu yang sempat berporet tu. Ahahaha.
Alhamdulillah... kami bersaudara turut sama menyumbang.
Insya Allah... ada rezeki... umur panjang... nanti kami nak jadi contributor lagi.

Walaupun keadaan tidak terkawal tapi tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Pengsan tu biasalah, keadaan memang sesak sangat. Tapi yang bergaduh atau merusuh alhamdulillah takde. Mungkin lepas ni pihak penganjur boleh memikirkan tindakan penambahbaikan daripada event tahun ni. Apapun memang puas hati dan gembira sangat dapat menjadi salah seorang daripada komuniti #FreeMarketKuching ni. Alhamdulillah.

Catat Ulasan